3 Tanda anda Alergik Kosmetik

Wanita dan kosmetik berpisah tiada.Dari remaja sehinggalah lewat usia.Semua golongan wanita menjadikan kosmetik ibarat nyawa.Kosmetik terdiri daripada maskara,gincu bibir,bedak kompak,foundation,eyeliner,eye shadow,blusher dan face mist.Tetapi ada antara wanita yang mempunyai masalah alergik terhadap barangan kosmetik.Sebelum semakin parah alergik wajah terhadap barangan kosmetik tersebut..,jom kenali ciri-ciri alergik akibat kosmetik.





bagaimana ketahui alahan kosmetik, alahan kosmetik, penyebab alahan kosmetik
mekap

  KULIT WAJAH



Kulit wajah adalah bahagian kulit yang sangat lembut.Tidak seperti bahagian badan. Sekiranya alahan adalah ringan dan berlaku di awal penggunaan, ia masih boleh dirawat dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, jika anda tidak menyedari gejala alergi yang berlaku dan terus menggunakan produk ini, kemungkinan alahan akan bertambah buruk dan harus mengikuti rawatan doktor.

Tindak balas alahan terhadap bahan kosmetik :



Keadaan ini berlaku apabila kulit muka bertindak balas kepada bahan yang alergen. Gejala termasuk:

alergik kosmetik



Kulit terasa panas atau sakit Terasa kebas wajah Kulit gatal Ruam dan bengkak


Ciri lain ialah, semasa penggunan kosmetik,alahan akan datang menyerang dalam beberapa minit.Jika brelarutan,korang boleh terus berjumpa doktor kulit.

Hampir 80% kes alahan kosmetik menyebabkan dermatitis.Tindak balas ini boleh berlaku selama 24jam sehingga 48jam selepas bersentuhan kulit dan alergen. 

tanda alergik kosmetik
jerawat 
Kulit Kemerahan
Bengkak 
Kulit gatal-gatal
Jerawat naik secara tiba-tiba
Kulit menjadi gelap selepas pemakaian kosmetik (hiperpigmentasi)



2. BAHAGIAN MATA 



alergik kosmetik
Mata


Bahagian mata memang tak terlepas bagi korang yang suka merias.Dengan pembayang mata atau eyeshadow,concealer,pelembab mata mahupun maskara.Sedikit sebanyak,mungkin korang akan berlaku keadaan ini dimata mata akan mengalami seperti :


MATA BENGKAK :



Segelintir wanita akan mengalami bengkak mata jika menggunakan pembayang mata jika bahan kimia apabila terkena kulit di bahagian sensitif. Kalau korang nak tahu..,ini ialah petanda awal alergik bahan kosmetik.






KERADANGAN MATA :


Mengikut laporan dari Live Strong, solekan mata seperti eyeliner atau maskara yang bersentuhan dengan permukaan mata akan mengakibatkan konjungtivitis. Ia adalah jangkitan tisu mata telus yang membuat urat kelihatan dan kawasan putih bola mata menjadi merah (mata merah). Apabila gejala ini muncul, korang mungkin merasa sakit atau sensitif terhadap silau.



BIBIR



Setengah bahan kosmetik dari gincu mahupun lipbalm mampu menyebabkan alergik.Keradangan bibir juga di sebut  Cheilitis.Cirinya ialah bibir akan kekeringan,kemerahan, membengkak serta mengalami kegatalan bibir. 

bengkak bibir selepas guna kosmetik
bibir bengkak


Sebelum korang membeli kosmetik.Pastikan korang lakukan pengujian keatas diri sendiri iaitu cuba calitkan gincu di tangan ataupun mana mana produk kosmetik yang ingin di beli.Jika terasa panas atau kulit kemerahan secara tiba-tiba.Jangan lakukan pembelian.

Dan cuba baca keterangan bahan yang di gunakan oleh kosmetik tersebut di bahagian produk tersebut.Hindari paraben,quarterium15,pewarna Merah K.3 (CI 15585).


Dan tak lupa juga,span serta berus mekap jangan lupa basuh selepas penggunaan ya..Jika tidak di cuci bersih,di khuatiri kuman bakteria akan merebak.Juga menyumbang terjadinya jerawat dan alergik kulit.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. ada jugak ek yang alergik kosmetik , jemput singgah ke laman vitaminwawa.com ...

    BalasPadam
  2. ma cik ash pernah kena hihihi...

    BalasPadam
  3. Dulu pernah guna satu produk nie tapi bila cuci muka je, confirm jadi merah dan gatal gatal

    BalasPadam
  4. takut pula tengok alergik dekat bibir tu

    BalasPadam