10 TABIAT couple di laman Sosial yang Annoying



nah ..,10 tabiat yang bukan saja menjengkelkan orang sekeliling..silap-silap boleh tercirit orang baca tau tak... heee.. aii bagi peringatan aje..



1. Suka 'upload' gambar berdua-duaan sepanjang masa, tak kiralah kat mana pun
>>dah jadi macam rutin harian. kalau dah takde gambar yang nak upload hari tu, upload pulak gambar boyfriend/girlfriend dengan kapsyen yang sweet.

2. Kalau ada apa-apa 'anniversary', mesti ada 'countdown' atau ayat popular "counting days"
>>Contohnya: "23 days til I'm officially yours. OMG! Tak sabar!"

3. Sering menggunakan 'hashtag' yang melebih-lebih
>>Hashtag seperti #cintahati #sayang #futurehubby #futurewifey #mylove #myboo #rinduawak200peratus #temanlelakiupahan #missyou #rindu #awakkatmana #dontleaveme #comebacksoon dan macam-macam lagi digunakan bagi membuktikan cinta yang sangat mendalam terhadap pasangan.

4. Buat plan dengan pasangan macam "Sabtu ni kita main badminton, nak?" dekat 'page' si dia
>>Ada banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk membuat plan seperti 'Whatsapp', 'WeChat', 'Telegram', 'Viber' atau 'KakaoTalk'. Dan kalau anda nak tahu, sistem SMS pun masih wujud lagi.

5. Bergaduh, bersembang, meluahkan perasaan cinta dan lain-lain yang seangkatan dengannya
>>Bila gaduh, cerita. Bila happy, cerita. Bila rindu, cerita. Bila sedih, cerita. Bila dating, cerita. Apa je yang taknak cerita?

6. Gambar profil WAJIB gambar mereka berdua
>>Yang ini mungkin tak dapat dielakkan. Maklumlah, kalau tak letak gambar dengan pasangan, si dia akan merajuk pulak.

7. 'Post' dedikasi paling sweet kepada si dia secara halus untuk orang lain baca
>>Secara halus? Macam mana tu? Contohnya muat naik status seperti, "Awaklah yang terbaik untuk saya. Terima kasih sebab buat saya bahagia.".
Kalau diikutkan, boleh je kalau nak beritahu pasangan depan-depan tapi saja nak suruh orang lain tahu boyfriend/girlfriend atau suami/isteri dia lah yang terbaik di dunia.

8. Kongsi akaun laman sosial dengan gabungan nama ala-ala Brangelina
>>Rasanya, tak perlu sampai nak berkongsi semua benda kot. Bak kata pepatah, "everyone has their own privacy."

9. Tak habis-habis 'post' gambar si dia
>>Mungkin sebab dah tak tahu nak upload gambar apa, jadi apa salahnya kalau penuhkan timeline orang lain dengan gambar pasangannya. Kalau tak upload gambar sehari macam tak sah.

10. Komen benda-benda yang bagi 'hint' cemburu pada gambar si dia
>>Contohnya, katakanlah si boyfriend upload gambar dengan kawan-kawan perempuan lain bersamanya (rakan sekelas, rakan sekolah, rakan sekerja), lepastu si girlfriend pun komen "handsomenya lelaki tu. Boyfriend siapalah tu." Kalau ini terjadi, maksudnya dia cemburu lah tu.
Ini kes biasa bagi pasangan yang 'clingy'. Jangan sampai mengongkong sangat.

Nasihat aii, tidak perlulah terlalu 'lovey dovey' di depan orang ramai. Kurangkan aktiviti anda berdua di laman sosial agar anda 'happy dan orang lain pun 'happy'. 
 
Mohon jangan sentap.. 
 
 
 

Catat Ulasan

0 Ulasan