Menu bagi Pesakit ENDOMETRIOSIS


Apakah Penyakit Endometriosis??

Endometriosis adalah salah satu penyakit lazim yang boleh menyebabkan ketidaksuburan di kalangan wanita. 

Ia disebabkan oleh ketumbuhan selaput dinding rahim (endometrium) di luar rahim seperti di kilang telur, dinding pelvis, saluran peranakan, usus, faraj dan pundi kencing. Selaput endometrium yang ektopic ini juga akan menebal dan berdarah semasa kitaran haid akan tetapi ia tidak dapat mengalir keluar dari tubuh.

 Ini boleh mengakibatkan inflamasi tisu di sekelilingnya dan seterusnya penghasilan tisu parut (‘adhesion’ atau ‘scar tissue’). Apabila ini terjadi kilang telur boleh terlibat dan membengkak dan darah kotor berkumpul di dalamnya (‘endometrioma’), manakala saluran peranakan juga boleh rosak dan tersumbat.












MENU BAGI ENDOMETRIOSIS


makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.


Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula.


Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.


sarapan pagi

kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.


Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih.



Makanan selingan (brunch : antara waktu makan pagi ke tengahari)



jauhkan makanan bergula dan karbohadret.


Makan buahan atau segenggam campuran kekacang almond, gajus dan peanuts.


Minum air mineral atau teh hijau. ( Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.)





Makan tengah hari



Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur.


Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging.


Minum air mineral ,air kelapa muda.


Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate



Makan malam

Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu .


Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.


rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu.


Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .


Gantikan nasi putih kepada brown rice.











endometriosis..



MALAYSIAN AIRLINES PROMOTION 
MERDEKA DIGITAL & LIVING SALES 
12GO ASIA 

Catat Ulasan

0 Ulasan