BERTEMU SEMULA SETELAH TERPISAH

Bila  Tahun Baru Cina menjelma. Semakin jelas memori perkenalan kami. 
Ada ape dengan  Raya Cina ? Meh aii story skett. 3 Februari ialah Hari ulangtahun perkahwinan kami ke 6 pada tahun ini..alhamdulillah, banyak manis,pahit nya selama kami melayar bahtera perkahwinan.Tipu la kan kalau kata semuanya manis.Ini kan lagi lidah boleh tergigit.. ehhh? betul ke pepatah aii niee?? jengjengjeng..


ni la gambar kawin





Okay, aii nak throwback dulu kisah kami.. 

TAHUN 2008

Ehem.. jodoh tu dah mai sebenarnya dulu. Aii masa nie umur 21 Tahun . Aii bekerja di kedai tayar kereta di jalan Air putih masa nie,CS  Motorspot. ini lah pengalaman pertama aii bekerja sebagai seorang kerani (pembantu akaun), buat payment voucher, kira stok tayar keluar masuk, kenal jenis tayar dan buka bil customer.Majoriti 90% lelaki sebagai customer kedai tayar nie. Tahun nie gaji starting baru RM 400... erm, dapat kerja sini pun sebab daftar dengan agensi pkerjaan GM POWER. Okay.. bab ni kalau cite, 3 hari takkan habis.Mana dengan pelanggan yang gatal,acah acah alim pun ada dan seorang lelaki ni dia selalu datang. Kali pertama datang untuk buat alignment tayar jee masa tu, siap dengan senyum senyum kambing lagi..( pakej hokeyy.. sape? tu la Suami aii sekarang ) . Adalah dalam 2 ke 3 kali je dia datang.. Suami aii asyik senyum tiap kali datang sini ( aii dalam hati, erm...gataiii nye laki orang duk senyum ke aii .. kenape aii cakap suami aii ni laki orang?? sebab aii dah lali dengan laki yang datang kat sini. semua sama. Kebetulan laki aii masa ni badan gempal..OOps!..., sorry ye abang kalau terbaca entri ni.kehkehkeh.) Ehehehe...aii ni kan banyak FAKTA tak betuii. agagagaga.. Berbalik kisah tadi..Hem.., tapi suami aii hanya senyum je, tak tanya pun nama aii ni sape..anak sape, sedihh tau tak.! Hilang camtu je. Missing without a trace .. ! Lagi pun aii baru putus kan. Mana nak ada perasaan nak bercinta waktu cenggini..
Hanya berkawan dengan mekanik kat situ je,Budak cina la.Nama dia Ah Heng.. Dia la yang baik dengan aii dan juga ada hati kat aii dulu. Siap hantar balik kerja. (Waktu tu, aii takde transport ..takde lesen lagi)

TAHUN 2009 

Aii bekerja Di Kedai Mozek di Jalan Beserah kali nie.. Kenapa aii berhenti tempat lama?? sebabnya aii kena jerkah dengan Tokey kedai ( kes silap dengar harga  waktu tu.. salah bukak harga pada customer.. aii juai tayar RM 200 untuk 2 tayar, walhal 1 tayar beharga RM 200 hokey... tayar kereta PERDANA kalau tak silap .Tokey cakap,,,"INA.., lu tatau ka. Tayar tu RM 200 laa sebijik.! Wa nak, lu pigi mintak itu KAKI (KAKI bermaksud ORANG aka customer) sambil menangis, aii p call customr tu teresak esak menangis. (Aii cakap, ENCIK! please encik.Tolong datang ke kedai tayar nie semula.Tersalah bagi harga la..kalau encik tak patah balik sekarang, Saya kena buang kerja.Sudahnya tunggu customer tak datang-datang.Aii?? aii nangis la.. duk meraung dalam tandas...(taknak keluar tandas,walaupun si Ah Heng pujuk suruh keluar) malu sungguh aii waktu tu, aii kena jerkah depan customer tau tak. Nie la punca aii berhenti kerja..

Masa aii bekerja di kedai Mozek (Unity Stone) macam macam kena buat.Aii kerja kerani je..kerani Bil. Kena layan customer nak membeli ( ada batu batu hiasan,simen, mozek ) dan apa yang aii tak tahan kena kira saiz rumah.Customer siap bawak peta rumah lagi tau! Walhal aii bukan kontraktor..Nak kena kira berapa mozek diperlukan, tiang rumah nak pakai berapa keping square ft batu batan.. ayoyoyoyoyo. 

Korang nak tau tak? pergi balik kerja aii naik bas je.Dengan heels, contact lens coklat dan eye lashes..(Hahahaha...bayangkan lah. Dengan dress up tak boleh blah. Orang kata macam model. Ecececeh wah..,angkat bakul sendiri nampak!)tapi betul la itu la aii masa zaman muda (zaman kegemilangan..ekekeke)

Nak dijadikan cerita,aii tiap pagi tunggu bas di bus stop MOBIL,sekarang dah jadi PETRON ( tiap hari jam 7pagi ). Masa tu tiap pagi la, akan ada seorang Pemuda nie duk pusing ( dengan kereta purple )melalui depan bus stop tu..(Memang disengajakan kott..,memang masa tu tepat la,dengan waktu aii nak p kerja)Hari-hari ada,tak pernah takde tau si purple nie! Nak mengorat aii la kot.. hahaha. Tapi takpe, tapi kan kalau kereta purple ni takde lalu tempat aii tunggu bas ni, rasa tak ceria hidup aii. Ape? aii materialistik?? ehehhe.. yelakot. Aii minat turbo.. ( tapi sekarang, turbo purple dah dapat kat aii. Sayang nak jual KENANGAN ).Aii dah JATUH CINTA dah pun dengan Cara Si pemilik purple tu sebenarnya.Im In Love... Oh ya, kalau korang nak tau. Pemilik si purple tu la CINTA HALAL aii sekarang.


JODOH SEMAKIN BERKEMBANG

dating kali ke 2 bersama adik di sg lembing


Hahahaha.. iya, betul. Memang CINTA sedang berputik saat nie.Tapi sebelum tu, aii suruh abah p siasat siapa gerangan si purple nih..sebabnya aii tak nampak siapa tuan kereta ( iya, cermin semua tinted.. taktau siapa owner.) Akhirnya, abah tau. Orang kampung sebelah sebelah dan sebelah kampung.

Bila dapat tau siapa tuan empunya kereta.. ntah macam mana la. Ada satu hari tu, tuan kereta dengan beraninya mempelawa aii naik kereta dia ( zaman ni takde jenayah rogol dan bunuh ) .Aii berani naik,sebab kenal mak pak dia..abah pun kenai ..hihii. Bas takde, teksi pun takde time nie. Cuti am apa la time nie. 2 3 kali jugak, dia duk usha aii pagi tu. Last dia berhentikan kereta.. aii dengan takut terlambat, aii naik la kereta dia. Takde pape pun waktu nie. ( Tapi apa yang aii nak bagitau, setiap kali kereta purple nie melalui bus stop, jantung aii berdegup kencang.Berirama..macam nak tercabut pun ada. ) 


FIRST DATE

First date bulan 9.. masa ni kan, SUAMI aii ajak p tengok wayang ( cite ape lupa daah ). Tapi apa yang aii masih ingat sampai sekarang ialah Suami aii ni p dating pakai kemeja. Lagi la aii Cairrr.. macam nak p interview kerja pun ada.Kehkehkeh.. then suami aii ni giler kereta turbo. Habis dia duk pusing bandar kuantan ( masa tu dalam hati aii, serik dah nak keluar dngan mamat ni haa.. memang nak bagi aii mati keerr! PECUT giler kereta.. jantung aii nak gugur masa tu. Aii nangis dalam hati sbab ketakutan macam pelesit haa lajunya sup sap sup sap kata dalam cita P.Ramlee tuuu).

Banyak persamaan antara kami, antaranya kami anak no 3 dari 5 beradik.. Dia pun sama. Nak di katakan JODOH ( Nama tok wan dia ALI.. nama ayah AHMAD.. nama AYAH aii ALI Dan AHMAD pula nama aki ) tu aii cakap kat dia kita jodoh kot. Dia pun doa sama macam aii. Nak jodoh dekat.. satu kampung. 

 

 PERTUNANGAN

 

Bulan 5.. Cuti buruh kami di tunangkan selama 9 bulan. Banyak la fasa-fasa cabaran berlaku.Konflik,Fitnah orang ramai dan gangguan gangguan orang ke 3..Ecehceh.Pertunangan kami sebenarnya 1 tahun tempoh, tapi disebabkan banyak sangat dugaan, kami pendekkan kepada 9bulan sahaja untuk terus melangsungkan perkahwinan.

 

 DISATUKAN 3. FEBRUARI 2011

 

Kami disatukan hari Khamis iaitu pada tahun baru cina, majlis kecil kecilan.Takde lah macam zaman sekarang. Havoc, Wedding of the year.. No! Hari Sabtu majlis menyambut menantu sebelah lelaki.. dekat je. 


DUGAAN 


Emm.. kecewa! Ingatkan bunting pelamin dah..sadiss.Rupanya bukan! Tekak mengada.Mainan HORMON selepas berkahwin.. (aii siap p specialist checkup) malu.. hasilnya -ve

Nak makan macam macam..,Mertua pun dah happy.Kata aii da preggy..bunting pelamin.Rupanya bukan!


aii p kerja, kawan kawan (mekanik.. faham-faham la yea mulut takde insuran) . Dorang kata aii mandul.. hari-hari aii menangis depan suami selepas balik kerja . Tapi Bos pun sama naik.. Pun perli - perli aii. Sedih tau! Dah tu macam mana nak ada baby, tekanan macam ni haa. kan? betul tak korang? 


Bila rakan ofis preggy (aii kahwin dulu, tapi dia preggy.. tau tau saja la. Mulut puaka semua berbunyi belakang aii.Aii tauu.. )Ya Allah, masa tu hanya allah saja yang tau perasaan aii. Aii nangis je hari-hari. Tapi Kuasa Allah, Allah tunaikan permintaan aii. Cuba korang rasa?? ape? Aii rupanya dah preggy awal 2minggu dari rakan ofis tadi.Cuma sign takde keluar.. iya! Alhamdulillah... segala puji bagi allah,Aii preggy jugak. Dapat detect sebab kencing berdarah ( heeee.. urin terlalu kotor) .


TAHUN 2014


Aii disahkan lagi preggy setelah jarak 2 tahun antara sara dengan soffea.. Kali ni kandungan aii tak kuat. Hampir keguguran.Bleeding dekat sebulan. (doktor sahkan gugur). Bleeding disebabkan kecuaian aii makan jeruk! aii terlupa yang aii ni preggy .. tapi Allah masih nak bagi zuriat lagi ( walaupun bleeding ON OFF kandungan 7bulan bleeding masa aii penat). Kandungan selamat dilahirkan cukup bulan 38 minggu kehamilan secara normal lagi pada bulan APRIL. 


Okay .. ini saja coretan kenangan dari awal berkenalan sehingga alam perkahwinan dan beranak pinak.

terimakasih semua yang sudi baca. 


assalamu'alaikum.

 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan