KETUMBIT oh KETUMBIT.. jadi sebab apa ya?

 Assalamualaikum dan selamat petang.Hai semua viewers blog ina.. Sekarang musim panas ni..jangan duk main panas sangat laa.. bahaya.Nanti demam.. Tapi petang ni bukanlah nak share pasal kes demam , cuma nak cita aje KETUMBIT..Ade orang cakap terjadi disebabkan Darah kotor dan ada juga yang cakap .."haaa,semalam mesti skodeng orang yaa.Itu pasal la mata tumbuh ketumbit.."..kikiki.. Okay..jom teruskan pembacaan entri blog ina yaa.

Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion.


ketumbit..mata









Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar?

Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.

Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah :

* Mata berair
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk
* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak

Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu.

Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.

Apakah rawatan bagi ketumbit?

Rawatan utama untuk ketumbit ialah penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman dan pembedahan kecil.

Apakah rawatan pada peringkat awal bagi kalazion?

Ia dapat dirawat dengan meletak antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ini harus dilakukan sebanyak 3 kali selama seminggu.

Bolehkah ketumbit berjangkit?

Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain. Ini kerana ia disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.

PETUA LAIN UNTUK MENGHILANGKAN KETUMBIT:

1) tenyeh dengan bawang putih
2) tuam tempat kena ketumbit dengan sudu yg dihangatkan oleh air panas. Buat selalu hingga pulih
3) Petua org tua. Baca selawat sambil pegang mata yg kena ketumbit tu. Kemudian buat buat buangkan ketumbit tu dari mata
4) Beli ubat mata brand Eyeglo bewarna pink dr farmasi
5) Tuam dengan air suam mengunakan kain yang bersih
6) Sebelum dia membesar, maksudnya masa dia masih lagi kecil (baru nak jadi), ambil hujung kain pelikat atau kain batik, gergajikan ketumbit tu agar segera pecah... .
7) ambik daun belimbing buluh..Basuh bersih2..Tumbuk sampai hancur..pupuk sekeliling kelopak mata..jgn kasi masuk dalam mata lak..kemudian akan terasa seperti ketumbit tu di tarik2..itu dalam proses mengecutkan ketumbit..ulanglah beberapa kali..

Selamat mencuba ya..segala TIPS diatas...

Catat Ulasan

0 Ulasan