VIRAL : Ikan terdampar dikatakan TSUNAMI bakal berlaku

Laporan ikan terdampar di pantai tanjung sedili


Setelah disiasat dan bertemu sendiri dengan orang yang mendapat ikan dan orang yang menviralkan perkara ini , berikut adalah butiran yang sah dan sahih mengenai kejadian tersebut :

Tarikh kejadian : 14 hb Ogos 2017
Jam : 5.30 petang hingga 11 malam
Lokasi : Pantai mansor,Tuan Seh,Tanjung Sedili
Individu yang terlibat : En Abd Rahman Bin Abdullah
Umur : 54 Tahun
Pekerjaan : Pengusaha keropok

Kisah yang diceritan oleh individu yang terlibat

Beliau bersama isteri dan 2 orang kawannya telah ke pantai mansor untuk aktiviti menarik pukat dipantai dengan menggunakan pukat tarik .
Pada tarikan pertama beliau hanya memperolehi 12-13 ekor sahaja iaitu ikan gelama,puput dan jemedi. Dalam tarikan ke dua beliau mendapat ikan sebanyak 40 ekor iaitu ikan gelama,sedikit udang,jemedi dan dalam tarikan beliau yang ketiga beliau telah mendapati pukatnya terlalu berat dan telah memanggil penarik penarik pukat yang lain datang menolongnya.

Hasil dari tarikan tersebut beliau mendapat ikan gelama hampir 2 tan dan lain2 ikan. Beliau dan rakan rakan lain tidak dapat menarik sepenuhnya pukat tersebut kepantai kerana terlalu berat dan membiarkan ikan ikan tersebut didalam pukat sambil menunggu air surut. Selepas air surut beliau dan rakan rakannya mengutip ikan ikan tersebut. Memandangkan ikan tersebut terlalu banyak , beliau telah memanggil orang orang kampung berdekatan untuk mengutip dan mengambil ikan tersebut tanpa sebarang bayaran.

Rezeki sebanyak ini jarang berlaku dan dalam tahun ini , ia adalah pertama kali berlaku.Sebelum individu ini menarik pukat dipantai ,tiada sebarang tanda tanda yang mengatakan terdapat ikan yang banyak dan tiada ada seekor pun ikan yang terdapat dipasir pantai dan tiada sebarang pencemaran atau aktiviti kurang sihat dipantai tersebut.Ikan ini selamat dimakan kerana ia ditangkap menggunakan aktiviti menarik pukat dipantai dan bukannya ikan tersebut terdampar atau telah mati sebelum diambil.
Ikan yang diperolehi dibuat ikan masin oleh orang kampung serta dibuat keropok. Sekali lagi disini disahkan ikan tersebut selamat dimakan kerana waktu ditangkap ikan tersebutnya masih hidup dan masih didalam air dan air laut ketika itu tidak mengalami sebarang pencemaran

Kesimpulannya, kisah ini hanya rezeki yang allah turunkan kepada pengusaha keropok ini sahaja.Bukanlah petanda pelik ..wallahualam..

Catat Ulasan

0 Ulasan