saiz comel roti keju |
over cook dah roti ina niii..hihihihihi. tapi sedaplah.Rangup |
CARA CARANYA:BAHAN BAHAN:YisGula (6 sudu Besar)Tepung High Protein ( 3 1/2 Cawan)Air SejukMarjerin ( 2 Sudu )Telur (1 biji)Water roux ( 1Sudu Besar agen pelembut roti )
1. Masukkan (1Sudu Besar) YIS kedalam gelas berisi air suam ditambah Gula (Gula bertindak membantu Yis cepat mengembang). Biarkan selama 5minit (Tunggu sehingga Yis hidup seperti TEH TARIK..tu kan berbuih macam tulahhh..Yis hidup,orang panggil).
2. Satukan telur,marjerin,tepung dan juga yis kedalam mangkuk kosong Gaul sehingga sebati.
3. Masukkan air sejuk gaulkan sebati.. (pastikan tangan dibasuh bersih serta kuku pendek.
(( air sejuk masukkan secara sikit demi sikit asalkan boleh menjadi doh)
4. Masukkan Water roux kedalam adunan tadi.
5. Uli adunan sehingga elastik. (Cara mengetahui adunan sudah elastik atau tidak, cuba tarik doh..jika mudah koyak..masih belum elastik)
6.Rehatkan doh beberapa minit.
7. Timbang berat doh sebiji dan Bulatkan doh. (Guna teknik rounding..agar permukaan roti licin)
tunggu roti naik |
8. Sapukan marjerin pada tray sebelum proses membakar roti.
9. Jarakkan roti antara satu sama lain ( nanti roti akan mengembang 3x ganda dari asal)
10. Apabila siap roti.. (balut roti dengan plastik) tujuannya, bantu dengan lebih cepat proses pengembangan.
11. Panaskan oven sebentar (apabila panas,tutup suis..masukkan roti kedalam oven tadi bagi proses pengembangan selama 1 jam)
12. Selepas 1 Jam (proses pengembangan) Spray permukaan roti dengan air sejuk dan taburkan Keju diatas permukaan roti ...(jika ingin tambah mayonis diatas,juga boleh..)
13. Panaskan Oven dengan kepanasan suhu 200 Darjah. Guna api atas bawah serta matikan kipas (bagi oven jenis pensonic)
14. Bakar Roti kedalam oven selama 25minit
selamat mencuba!
Practise make perfect yaa.. ina dulu masa 1st time buat roti..sampaikan Luka gusi.. sebab terlalu keras rotinya..Mujur lah ada suami,yang kaki makan.ehehehe.. sekarang,alhamdulillah..sudah boleh niaga.
Resipi ini lah ina buat bisnes dulu.. sekarang stop kejap,sementara menunggu baby membesar..hihihihi..
3 Ulasan
sedappppnya..
BalasPadamjom merotii..untung untung boleh jual kecil kecilan
Padamhehe..jom mulakan bisnes
Padam