ellips..kapsul rambut |
Pertemuan kembali
Okay..sebenarnya entri kali ni..ina nak kongsi kisah bahagia ina.Ehem..taraaaa. Nak tau? ina sudah temui pewangi rambut.. (sebelum ni cari..mesti misi gagal..)pewangi ni lahh dari zaman anak dara lagi ina gunakan.Wangi nya..masyallah. Sangat sangat wangi..(bolehlah untuk menggoda pasangan korang..suami masing masing)
Berbaloi penggunaan
Satu papan ni mempunyai 6kapsul pewangi. Yang mana boleh digunakan selama 3minggu.. wow! jimat kan.Kekadang tu..ina guna 1kapsul untuk seminggu..iya.Memang betul jimat niii.. Golongan macam ina,boleh la kot no..Golongan tak berapa nak ada nii.Ehehehehe..seriously.Tersangat jimat.
Wangi
Selama seminggu,bau wangian kapsul itu melekat pada rambut.Bertudung pun rambut masih kekal wangi.. Memang tidak ralat jika membeli kapsul Elips nii. Dengan bersifat pekat serta tidak melekit..sangat bagus disapu pada rambut serta mudah di urus .
Curang
Pernah juga curang dengan pewangi ni..akibat terpengaruh produk semasa..viral.Akhirnya,ini juga ina cari..
Dekat mana nak dapat?
pewangi rambut jenis kapsul ini boleh didapati di store store Guardian dan Watson.Harga mampu milik..jika tidak silap ina sepapan RM 5.30..mempunyai pelbagai pilihan bau.. pilihan ina pink (untuk rambut rosak) dan Warna coklat (rambut mudah diurus).
Review ni hanya suka suka je sebab ina sudah terjatuh cinta akan kewangian produk ni.Jika sesiapa berminat nak ina review produk.. terus emel di azlina6861 . Produk anda juga akan di review di Instagram azlina6861 (6350 followers)
2 Ulasan
wahhh...wangi lah rambut akak
BalasPadamehh...,jauh betul ni wangii. Sampai kesana baunya... kikiki
Padam