SERAM : RUMAH TINGGAL

Bersebelahan homestay yang ina menginap di negeri sembilan (haaa....tekalah yaa.. )ada sebuah rumah tinggalan.Mungkinlah yaaa..,mengikut firasat ina. kemungkinan Rumah yang telah di tinggalkan begitu saja..(dalam keadaan rumah,pintu terbuka luas..dengan berkain langsir tergantung cantik..Masih kelihatan baru lagi.)



Assalamulaikum dan selamat sejahtera semuanya. Terlebih dahulu ina ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca kisah kisah seram ina didalam blog ini.. alhamdulillah.Kisah didalam blog ini,semuanya berdasarkan pengalaman dari zaman ina bujang sehingga lah sudah menjadi isteri dan juga ibu kepada 3 cahaya mata.( Dari ina seorang penakut yang amat..,sehingga ina macam sekarang..sudah jadi sedikit berani lahhh..ececehhh)



Okay,ina tidak mahu membebel lagi.Cukuplah kot sedikit pengenalan dari ina ni.. Mungkin ada yang tertanya tanya.Ina ni,paranormal ker? seekers kahh? Hihihihihi.. Nak tau? kenalah baca entri entri lepas ina yaa. 

Dari sambungan Cerita lepas ..boleh baca disini  SUARA SERAM DI HOMESTAY 


RUMAH TINGGAL (For SALE...)

Bersebelahan homestay yang ina menginap di negeri sembilan (haaa....tekalah yaa.. )ada sebuah rumah tinggalan.Mungkinlah yaaa..,mengikut firasat ina. kemungkinan Rumah yang telah di tinggalkan begitu saja..(dalam keadaan rumah,pintu terbuka luas..dengan berkain langsir tergantung cantik..Masih kelihatan baru lagi.)

Okay..ni karang ada yang kata ina ceroboh rumah ni.. Oh,Tidak yaa..,ina perhatikan hanya dari luar sahaja. Sebab pelik sangat,kenapa lah rumah cantik.Halaman belakang rumah mempunyai keluasan yang sangat luas.. Boleh menanam satu atau tiga jenis pokok buah durian atau rambutan.Sangat sangat luas.Bila di tanya tuan empunya homestay, kenapa hendak jual rumah sebelah? Katanya tuan rumah selalu outsation (lalang nya tinggi. silap silap boleh ada anaconda dekat belakang itu..) huhh! dan satu lagi.Pokok depan rumah tinggalan ini,agak menyeramkan. Korang rasa??



Penampakan di dalam rumah kosong..seram pula dah


ENTITI SERAM



Cuba korang perhatikan gambar di atas.Sebenarnya ina tak perasan langsung ni..Perasan pun, sebab nak clear memory handphone.Masa gambar diambil, ina ada nampak di tingkap 1..(kemungkinan tingkap tandas.. sebab tingkap kecil begini hampir sama dengan tingkap tandas homestay).Apa yang ina nampak, di tingkap itu macam bekas comot.Semacam tingkap terkena kotoran minyak. 

Macam mana ina dapat snap gambar ini??? hahaaaha..
mulanya, ina mahu snap gambar anak anak depan homestay aje. Entah macam mana la kan.Gambar semuanya tidak menjadi.Dan ina pun test la curi snap gambar di rumah kosong itu kan.Inilah dia..

Sebenarnya dalam gambar itu, banyak la penampakan susuk kelibat benda halus.Cubalah korang zoom in zoom out yaa. (ada mata bercahaya, ada benda kecil dan banyak lagii...)

Mesti ada yang kata.. ahhh..Ini semua POYOOOOO.. 
kalo korang nak tau la kan..,benda benda halus macam ni mudah terakam dalam setiap gambar yang kita snap tu. Kalo korang tak caya .. cuba pergi ke tempat tempat hutan ke.. bukit ke.. air terjun ke.. dan bergambar laa. mesti akan dapat snap punya.

Jika sesiapa yang nak buat paranormal tu.. sila sila la terjah ke rumah tinggalan itu. Ina agak la kan, macam rumah tinggal (mungkin berlaku pembunuhan .. kot.. KOT okayyy. hihihihi)

sekian..kisah seram pada hari khamis..


siapa nak ambil cerita ina,sila lah bagi kredit.Jangan ciplak pula yea.. tamau tamau gituuu.... tak halal tauu ?



Catat Ulasan

4 Ulasan