Pengalaman bersalin ( Ketuban Darah)

Dulu,mak SA selalu berpesan.Jangan mandi malam.Jangan sesekali..hukhukhuk.Tapi apekan daya,SA telah melanggar pantang tersebut. ehehehe.. 

 Sepanjang SA mengandungkan kandungan ketiga,sekarang alhamdulillah.Baby pun sudah nak masuk 12bulan pada esok hari. (15 October).Ini bermakna sudah setahun baby Furqan..(sekarang dia sudah mempunyai 4 batang gigi dan pandai berjalan serta berlari).


Terasa seperti masih baru lagi melahirkan furqan atau nama penuhnya Muhammad Arif Furqan.Nyeri..bau ubat hospital..proses meneran..Ohhh,boleh jadi mimpi ngeri dibuatnya apabila ada yang mintak tambah.Katanya masih muda lagi.Bayangkan..,eei.


Sepanjang trimester kehamilan sa iaitu selama tiga trimester ( 9bulan )membawa perut kesana kemari.Alhamdulillag, SA tiada morningsickness langsung jika dibandingkan dengan kandungan anak pertama dan kedua (yang mana SA asyik muntah,pagi petang siang malam). Syukur ke hadrat ilahi.Kandungan ketiga tiada sebarang masalah..Tetapi allah uji dengan Ketuban darah.Iya.. Darah.Turun darah.Macam anak pertama,SA turun tanda air.Iaitu ketuban air..Yang ni memang tak sakit.ehehe...tapi lain ceritanya.




Pagi 15October..bersamaan hari sabtu. SA sudah rasa kontraksi.Kontraksi paling kerap datang ialah pada waktu malam.Berdasarkan pengalaman pengalaman bersalin SA.Jika sakit kontraksi berlaku waktu malam,berkemungkinan Akan melahirkan baby pada waktu tersebut.SA start sakit dari pagi,jam 8.Tanda tanda dia seperti memulas perut,macam senggugut.Tapi lagi sakit dari senggugut. Time ni,SA hendak mandi pagi.SA masuk je toilet di bilik.Secara tiba tiba,kontraksi On Off (kejap kuat sangat kontraksi,sehingga menitis airmata). SA dah tidak boleh membetulkan posisi badan..(time ni SA berdiri bongkok je bagi mengurangkan kontraksi tersebut). SA dalam toilet,masih tidak berjaya lagi ingin menguruskan diri untuk mandi. SA keluar toilet dan berbaring serta mengiring badan ke kiri (Kelegaan disitu terasa). Beberapa minit kemudian,SA cuba berdiri tetapi gagal.Kemudian SA gagahkan diri pergi ke ruangan dapur bagi mendapatkan mak..(alhamdulillah,mak duduk sekali dengan SA masa ni). Mak mandikan SA, dan segera telefon suami supaya segera pulang ke rumah.

baby boy .jpg


Selesai kemas apa yang patut..(double checking beg), lebih kurang jam 12tengahari SA tiba di hospital.Semasa dalam perjalanan,ya allah.Dalam kereta,On off sakit.Teramat sakit.. hanya menahan aja kesakitan tersebut.Apabila sampai ke hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, suami SA mendaftarkan ke bahagian bersalin.Dan macam biasa,rutin ibu mengandung.Doktor ambil bacaan hb, berat badan dan cek laluan baby.


 2cm bukaan,tapi sakitnya.Ya allah,allah je yang tahu perasaan ini..(masa ni SA sudah tiada selera makan..) Orang kata,jika Tiada selera makan.Tandanya ..hampir nak bersalin.Lebih kurang jam 3petang,SA baru dapat katil.. (Oh,lupa nak bagitahu kepada pembaca..SA berisiko untuk bersalin.Jadinya,mana mana private memang tidak boleh ambil kes sebegini). Berisiko tidaklah merbahaya mana.Cuma,history SA pernah bersalin pramatang baby pada usia kandungan 35minggu kehamilan. Apabila suami selesai mendaftarkan SA ke ward ibu mengandung.Kontraksi On off,halus je sakitnya.Tidaklah sekuat pagi tadi.Ehehehe...pandai betul baby bergurau kan?


 SA makan buah kurma bagi memudahkan proses bersalin..(jumlah yang SA ambil ialah sebanyak 7biji). Sambil sambil itu,bolehlah bekalkan tenaga kepada SA nanti.Dalam hati,SA memang sudah agak.Akan bersalin harini juga..iaitu pada 15 October.


Jam 4petang,ada sedikit kontraksi.Disertai turun darah.SA serah diri kepada doktor yang bertugas pada masa itu bagi memeriksa bukaan serviks.Dan sudah 4cm.. beberapa minit kemudian,6cm terus nurse nurse tolak masuk ke labour room.Masa ni,ya allah.Risau nya,suami takde ni..(dia dah balik ke rumah)..


Nasiblah,suami tidak sampai lagi ke rumah,separuh perjalananan aje dari hospital.Syukur! Doktor sudah memulakan tugasan nya,iaitu memasang wayar pada perut SA bagi membaca jantung bayi melalui graf.Memasukkan tiub di saluran air kencing bagi mengosongkan pundi kencing agar semasa proses meneran,tidaklah asyik tuut aje.Hihihi..


Setibanya suami disisi,SA terus rasa ingin meneran (sebab sa sudah pesan pada baby,.."baby tunggu abah ye,baru keluar". Alhamdulillah,sejurus ternampak kelibat suami,betul betul SA ingin meneran.Dan bukaan memang 10cm masa ni.Apalagi,SA siap cakap pada suami..tolong usap ubun SA sambil baca ayatul qursi pada sa. Di mulut SA,tidak lekang membaca Zikir Ya Fatah (yang maha membuka) disusuli ayat yunus.Dari kontraksi sehingga lah selesai proses menjahit.. heee. Tepat jam 6.30petang selesai melahirkan baby..baby boy,yang SA tertunggu tunggu  kelahiran.


Sekian,itu saja pengalaman sa dengan Ketuban Darah. Next entri akan SA cerita bagaimana SA lalui semasa trimester kehamilan kandungan ketiga.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Ina mak mentua ekin pun pesan begitu gak.. Banyak petua dia bagitaw siap duk pesan awal2 lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah..itulah kan.Sebab kepanasan,semasa tempoh kehamilan tu. Kadang tu juga,tak ingat yang sa ni preggy

      Padam
    2. Tu la dia siap pesan kalau dalam pantang berpantang molek2 la jgn jadi mcm dia loni sakit habis

      Padam
  2. Tahniah atas kelahiran baby ye.

    Shidotdotcom.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Takotnya sayaaaaaaaaaaaaaaaa.
    Huu sy insyaAllah next year jika Allah berikan rezeki. suka baca perkongsian camni

    BalasPadam
  4. Ayoyooo seram sejuk.. baru melaluinye.. adehhh.. ketaq lutut..

    BalasPadam
  5. Tertiba teringat pengalaman wife nak bersalin anak ke-2.. siap bgtau doktor nk tunggu suami mai.. waktu tue bro tengah lepak dekat surau... hahahah

    BalasPadam
  6. seronok baca pengalaman SA ni...terima kasih sudi beekongsi pengalaman ye....

    BalasPadam
  7. wow... that's why there's Mother's Day to celebrate!

    YourFinanceDoctor

    BalasPadam