Sejak kebelakangan ini,SA ada menerima 2 berita dari kenalan terdekat mengenai penyakit Buah Pinggang.Ada yang dalam proses perlu buat ujian saringan CT SCAN dan ada juga telah membuat pembedahan kecil bagi membantu pengeluaran air pada buah pinggang. Emm..bunyi serius kan? Ia adalah salah satu penyakit yang merbahaya kepada kita.Tubuh badan manusia dikurniakan sepasang buah pinggang
peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran
metabolit (seperti
urea) dan galian dari
darah dan menyingkirkannya, bersama
air, sebagai
kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan
ion seperti
sodium,
potasium,
hidrogen,
oksigen, dan sebatian seperti
asid amino,
kreatinina,
bikarbonat, dan
glukos dalam
plasma ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan
eritropoiesis (poiesis - di mana
sel darah merah (eritrosit) dihasilkan).
Tanda Awal Penyakit BUAH PINGGANG
|
Urin berbuih (pesakit buah pinggang) |
- Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
- Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
|
bengkak kaki peaskit buah pinggang |
- Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.
|
gatal gatal badan bagi pesakit buah pinggang |
- Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
- Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
- Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
- Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
- Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
- Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
- Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
Okay, korang yang mempunyai tanda tanda seperti diatas.. Mohon terus berjumpa doktor dengan kadar segera! Jangan bertangguh lagi..
13 Ulasan
tq ina kongsi
BalasPadamAllah, sakit belkang tepi kat bawah tu lately mmg kerap la... semoga dijauhkan...
BalasPadampapepun, terus berjumpa doktor
PadamTq info. Boleh pantau untuk mak ayah dan diri sendiri :)
BalasPadamwlcm..sama sama saling mengingati
Padamayah saya kena penyakit buah pinggang ni. memang skrg dia kena berpantang makan.
BalasPadamsebelum kena tu, mmg nampak beberapa tanda yang disenaraikan
ya allah. sekarang macam mana? dialisis tak?
PadaminsyaAllah mintak dijauhkan. aminn
BalasPadamamiin
Padamokay,ciknor
BalasPadamwlcm..ok rabia
BalasPadamGud info..
BalasPadamTQ sharing...
BalasPadam