5 BAHAN untuk menghasilkan ROTI PURI

cara kembangkan yis, bagaimana mengetahui yis elok
yis kembang
Cerita lama nihh, baru nak ter update..hekhekhek. Kisahnya, siang hari  ina masak lauk kari KEPALA  IKAN AYA.. Malamnya, masih berbaki kuah,nak buang,sayang sangat.Jadinya, tetiba dalam kepala datang idea nak makan roti PURI. Lama dulu, ina pernah dah buat sekali, tapi mungkin resipi yang salah (ehehehehe..resipi yang jadi mangsa ya.. ).Roti puri langsung tak menjadi.. Tapi kali ini, ALhamdulillah, ina berjaya hasilnyaa.. Taraaaa!!!

roti puri, cara hasilkan roti puri kembung
ROTI PURI.jpg

walaupun rupa roti PURI ina ni buruk ya amat.. tapi anak anak berangkut tau.. dengan cik hubby lagi.. dia sorang sudah makan 7keping..hahaha



RESIPI ROTI PURI By Sang Aura 


BAHAN BAHAN :

2 Cawan Tepung gandum (ina gunakan cap bunga ROSE)
Sedikit garam
1 Sudu Kecil YIS (ina gunakan yis jenama SAF, Brand lain boleh jer gunakan tetapi ada sedikit berbau)
Air masak Sejuk ( ini TIPS RAHSIA dalam pembuatan roti atau donat supaya ia lembut dan gebu)
Sedikit minyak maak

CARA CARANYA:


1. Masukkan 1Sk yis kedalam gelas kosong dan campurkan sedikit gula (tujuan : mempercepatkan yis naik mengembang) dan juga air sejuk.. (biarkan selama 5minit)

2. Masukkan 2cawan tepung gandum kedalam mangkuk  bersih, masukkan air sejuk sikit demi sikit sehingga ia menjadi adunan 

3. Masukkan yis,yang telah hidup tadi.. naik macam teh tarik gitew buihnya.. .. (ini penyebab roti PURI gagal.. dulu ina pernah ambil resipi didalam blog sape.. takde letak yis..,hasilnya, tong sampah yang kenyang...hukhukhukhuk

4. Gaulkan kesemua bahan bahan tadi, garam dimasukkan last sekali kerana garam tidak boleh bercampur bersama yis..(jika bercampur, yis akan mati.. adunan tak mahu naik.. erti lain : adunan merajuk)


5. Setelah menjadi satu adunan , uli sehingga doh menjadi lembut dan biarkan selama 30minit..(rehatkan doh yaa)

6.Keluarkan adunan tadi, uli semula dan bulat bulatkan mengikut saiz kesukaan.Ina menghasilkan bulatan sebesar genggaman baby 12 bulan, dan berjaya mendapatkan sebanyak 17 biji doh..

7. Canaikan doh yang telah dibulatkan tadi dengan menggunakan penggelek doh atau botol air (pastikan dibasuh bersih yaaa)

8. Canai senipisnya..dan kalau boleh..jangan sampai terkoyak..ehehehe

9.Panaskan kuali.. masukkan minyak sedikit..dan mula menggoreng..

10. TIPS hasilkan roti PURI yang kembung :

**masukkan doh yang telah dileperkan  sebentar tadi kedalam kuali yang terisi minyak sedikit.. gunakan kaedah siram minyak keatas Roti Puri tersebut .
**Hasilnya, memang akan naik cantik kembung.Silap silap boleh jadi macam ikan buntal..hehehehehe.. SILA MANDIKAN PURI DENGAN MINYAK YANG LAJU. 

****ROTI PURI ini boleh dimakan bersama kuah kari..resipinya di SINI


- Selamat mencuba Resipi dari Ina -

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Kembangnya roti puri ni...kalau makan dengan sambal pun sedap kot...

    BalasPadam
  2. buat gak hihihihi seminggu sekali

    BalasPadam
  3. Haaa...roti puri ni la SA buat x jadi2..x kembang..ntah cane nak buat

    BalasPadam
  4. OMG! Have been searching for this so long. Great recipe! Will try it out & feedback thanks!

    BalasPadam
  5. Thanks for the recipe, the roti looks so fluffy!

    BalasPadam
  6. Kejab lagi nk keluar g kedai beli tepung la... kita tgk ianya jadi apa nanti hahahaha

    BalasPadam
  7. rajinnya ina.. tp nampak cam sedap la puri tu.. nak try buat jugak nanti kalau ada kelapangan masa..

    BalasPadam
  8. Cantik mengembang roti puri tu. Simple jer resepi nya yer.

    BalasPadam
  9. Owh, roti puri namanya. Baru tahu,hehehe

    BalasPadam
  10. Thank you awk sebab share...da lama nak car cara wat rotinpuri. Dap nyeee

    https://mokomira.blogspot.my

    BalasPadam
  11. macam tak pernah rasa lagi roti puri ni 🤔
    thanks for sharing 😊

    BalasPadam
  12. senang rupanya nak buat roti puri ni.. okay je rupa roti itu janji masakan air tangan sendiri untuk keluarga tu penting dan berharga hehehe

    BalasPadam