ada orang kata Pageview blog ni penting.Ada yang cakap tak penting.. umm, nak tengok penting ke tidak penting.Meh la baca artikel ini dahulu.
pv di blog ehbelogaku.blogspot.my |
penting pageview untuk job review |
Diatas ini ina sertakan screenshot blogspot ina.Google analytic pun boleh jika nak tengok untuk lebih tepat.Tapi ina kan newbie, masih merangkak, masih perlu banyak kena godek godek lagi pakcik google tuu. Sebelum ini, memang sendu sangat PV,semput. Terimakasih juga kepada Sishawa.com (ina refer kat SINI )kerana beliau yang banyak memberi info dan dan semangat kepada ina.Ehehehe..
Okay, ina sertakan sekali Tips untuk menaikkan Daily Pageview (harian)
ARTIKEL MENARIK
Sediakan artikel yang dapat memberi info kepada pembaca.Contohnya : cara mengubah bunga, resipi, cara mekap, hiburan, atau info pendidikan.
Macam ina, ina sukakan berkongsi apa yang ina guna .Ina suka lakukan tutorial wajah (massage wajah). Dan hiburan..ehehehe. Tapi di akhir artikel mestilah mempunyai solusi kepada penyelesaian masalah tersebut.
SHARE POST DI GROUP FACEBOOK (sekurangnya 5 group)
Korang kena rajin rajinkan pin post ke group group komuniti,tapi korang kena pandailah mencari.Sebab setengahnya kena approved by admin.Ada yang tk nak approved dan silap silap korang kena block dengan admin group tersebut. Contoh : Group negeri masing masing..
TIMING
Yang ini ina tidak berapa pasti.Tetapi waktu ina biasa posting sebelah pagi (iaitu jam 8.00 pagi..).Tapi ada yang bagitau, waktu posting sekitar jam 8.00 pagi sehingga 5.00petang sahaja(selebihnya pembaca sudah tidak ada minat untuk membaca selepas waktu office hour)Mungkin sibuk menguruskan hal rumah tangga dan masa bersama keluarga.(Weekend)
DEADLINK
Perasan tak? pv selalu turun naik. kadang tu jugak, turun secara mendadak. Apa yang ina perasan, selepas buang deadlink itu,Pageview blog semakin mencanak . Tak caya, boleh cuba kat SINI
GAMBAR MENARIK
Pastikan setiap artikel korang tulis itu, mempunyai gambar.Lagi banyak gambar, lagi cepat pageview meningkat.Ehehehehe..ini berdasarkan pengalaman pengamatan ina jugak. Lagi satu..setiap gambar, pastikan ada caption pada setiap gambar.
Ini juga salah satu bagi menaikkan pageview blog.Ina dah cuba.Edit profile dan masukkan link blog korang itu. Dan satu lagi cara, Screenshot aje entri blog dan upload di post instagram. Selain itu, post di Stories Instagram jangan lupa .. (ini lagi best, bukan friendlist pun boleh tengok.. semakin besar lah peluang korang untuk naikkan pageview dan dalam masa yang sama dapat followers baru)ehehehe.. Ina bukanlah gila glamour okayyy.. Cuma berkongsi tips sahaja.
Okay.. setakat ini sahaja ya artikel kali ini mengenai pageview. Kalau korang ada tips lain, tinggalkan di ruangan komen ya..
Dari hujung rambut hingga hujung kaki.. ina mintak ampun, jika coretan ini ada mengguriskan hati mana mana pihak.Tidak ada sedikit pun di hati ingin menunjuk atau riak. Sesungguhnya ina takut! Ina mintak maaf awal awal.
17 Ulasan
tak tahu pulak ada timing tapi selalunya kalau post ke fb memang mencanak la PV
BalasPadampengamatan dari newbies.. hihihi
PadamNice tips. Thanks for sharing
BalasPadamwlcm..tq sudi singgah
Padamwow..tahniah ina..:)
BalasPadamciknor lagi kebabooommm..
PadamTg sharing.
BalasPadamwahh tq for sharing.
BalasPadamTahniah! masih terkapai-kapai nak PV ribu2 ni.
BalasPadamNice sharing!
Thanks for the info... tak tahu pula fasal deadlink tu... tengah check sekarang.
BalasPadamnice sharing kak ina :)
BalasPadambagus niii.. terima kasih kongsi ya
BalasPadamramai pelawat blog anda ni..tahniah ya
BalasPadamYe betul tu.. jom follow blog kak leya
BalasPadamPv mmg penting biasa client atau pr akan minta , dr GA bkn dr dashboard blog .
BalasPadamPv dashboard blog tk valid ... valid lagi kt Ga :) jadi bnewbiew tk newbiew kena buat ga :)
Goodluck !
tengs ciksepet.. ina tatau sangat GA ni..haritu tgk mcm graf takde.kikikiki.. kna banyak godek lagi ni ina.Kalo mcm ni..
BalasPadamsaya ni malas sgt nak share di group fb ... ok, lepas ni try la juga ...
BalasPadam