Tapi tajuk entri kali ini bukanlah tentang pemakanan.Jauh sekali review makanan..nyumnyumnyum. Nak cerita aje amalan sihat ina sebelum tidur.Nak tau tak? eheheheh.. Tak nak tau pun,ina tetap cerita juga..hahaha..Poyo betul kan? Nak dapatkan hari yang ceria dan gembira untuk keesokan hari? Ia bermula daripda tidur.
Antara amalan ina sebelum tidur :
1. Membaca Al quran
sudah menjadi kebiasaan ina,selepas tiap kali solat akan baca al quran 1 muka surat dan jika rajin 2 muka surat sahaja.Sekarang dah jadi kebiasaan ina,samada tengah bersedih mahupun gembira akan tetap membaca al quran.
2. Buku Planner
Dalam planner ni,macam macam catatan.Ada To do list, impian dan kenangan susah bangun seorang newbie blogger.
3. Bilik Rahsia
Di dalam bilik ini juga,ina simpan segala plastik parcel yang mana Ina dapat job review. (masuk bilik ni dan kenang balik memory semasa terima parcel dan taip entri untuk job review). Boleh dikatakan bilik ni juga untuk naikkan kembali mood jika rasa down.
4. Hukum Tarikan (Visualize)
daily pageview di ehbelogaku.blogspot.com |
ina suka berangan sebelum tidur.Contohnya, nak esok hari dapat 5000 daily pageview.Tinggi kan harapan? sampai tersengih macam kerang busuk ina ni ha.. macam tak logik je kan? Tup tup.. bole capai 5293 pageview hari semalam..harini 4400 je.Apepun syukur dengan adanya team Kelab Blogger Ben Ashaari #kbba9 yang banyak membantu ina..Tak lupa juga founder dia juga yang tak lokek ilmu.Moga murah rezeki kamu..dan rakan bloggers lain turut memberi tips dalam dunia blogging. Disamping menggunakan hukum tarikan diatas, tak lupa juga USAHA..tanpa usaha..mana mahu jadi realiti kan??
5. Tidur Awal
Sebelum tidur tidak digalakkan menonton tv,scroll facebook kerana otak tengah program minda bawah sedar. Jadinya apa yang kita lihat dan baca akan menarik dalam dunia sebenar kita.Faham tak ye?
Tetapi, jika membaca buku motivasi atau visualize apa yang kita inginkan,dibolehkan.Sangat bagus dan digalakkan yer.
Dinasihatkan tidur awal untuk dapatkan hari esok lebih produktif. Ina sendiri,walau hanya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, Ina tidur jam 10.00 malam. Sebab 1 jam tidur bersamaan 3 jam, dan bangun pagi jam seawal 4.00-4.30 pagi. Macam biasa akan tunaikan solat tahajud dan membaca al-quran selama sejam.
6. Release all feeling
Yup, semua tau sebelum tidur kita perlu memaafkan.Tetapi tahukah korang.Selain memaafkan ada lagi perasaan-perasaan yang perlu dilepaskan.Perasaan ini di simpan di lubuk hati.Seperti perasaan sedih,kecewa,tersinggung,kecil hati,ragu-ragu,cemburu,iri hati,hasad,dendam dan benci .
Alhamdulillah, jika kesemua perasaan diatas korang telah buang.Insyallah, korang akan rasa tenang,gembira dan bahagia. Senyuman korang pun semakin lebar. Tak keras keng orang cakap.. hahaha.
7. ZIKIR
Ina pun kadang tu jenis payah tidur juga.Dalam kepala ni kadang kadang serabut.Memikirkan untuk kejadian esok hari..huuuuh. Tips ina : Kosongkan segera fikiran sekarang. Papp! Insyallah tak de dah fikir bukan bukan. Dan zikir itu pun penting, zikir lah sampai tertidur.. Biasa ina zikir Ya Allah ( untuk menguatkan dalaman diri ) Dan satu lagi zikir La Haula Wallah Quwwata Illah Billah
Okay..setakat ni aja lah. Kalo ada lagi,ina share lagi..Selamat malam.Assalamualaikum..Sebelum tidur,jangan lupa juga mengambil wuduk ya..kang mimpi ngeri pula..macam macam mimpi seram.
8 Ulasan
Alhamdulillah. Seronoknya kak ina dpat capai 5k dah. Bole jadikan sebagai semangat ni!
BalasPadamsemua boleh.. yang penting hari hari update
Padamhebatnyaaa ina... =)
BalasPadamada turun naik juga ni..macam saham dah ni
Padamterimakasih..sama sama hidupkan dunia penulisan digital
BalasPadamPlanner tu mcm kena amalkan balik...baru tersemat baik kenangan sepanjang tahun kan ina.
BalasPadamAntara amalan yang Lynda buat ni. Dan paling baru nak cuba. Hukum tarikan tu..hehe
BalasPadamalhamdulillah tahniah..bestnya! ad bilik rahsia
BalasPadam