Cara Mendapatkan Anak Cantik serta Comel

anak comel, cara dapatkan anak yang cantik sejak dari kandungan, tips semasa mengandung
Cara mendapatkan anak cantik serta comel

Tips bagi mendapatkan anak Cantik dan comel. Dulu lah, kan..sebelum berkahwin.Ina fikir.., nak anak cantik handsome.. kena kahwin kacuk.Alahh..,Mix itu mix ini (berkahwin campur lahh.. macam dulu, ina nak berkahwin dengan seseorang yang mempunyai kacukan jepun.Tetapi jodoh tak panjang orang kata.. huhuhu) Tapi ina ada lah sedikit campuran juga.. hihihi ( india kot.. kikikiki, kulit dan hidung yang menjadi tarikan.. setiap kali pergi interview dengan swasta.. mesti dorang akan bertanya kan tentang ada kacukan tak? Ada kacukan benggali kah?? 


Nak anak cantik dan handsome ni, tak semestinya kena berkahwin campur ye.. bukan juga jenis yang kena duk tenung gambar baby mat salleh bermata biru.No no no.. itu salah tanggapan ya. Kita sebagai umat islam janganlah macam ni sangat. Kita ada allah.. minta aja bersungguh sungguh dengan sang pencipta..,insyallah.Akan dapat juga..



Pemakanan pun ada main juga peranan.. tapi ina takda makan sebarang supplemen atau makanan sunnah..Memang bergantung sepenuhnya pada allah


CARA MENDAPATKAN ANAK CANTIK DAN COMEL 


Semasa mengandungkan anak ke dua, Nur Wardina Soffea ( maksud kepada nama ini ialah "Yang warak..yang Alim") .Antara  Tips yang ina amalkan ialah:



Membaca AL QURAN 


- Ada seorang kawan beri petua ni,katanya untuk memudahkan bersalin.Tapi ina lupa tau nak tanya baca surah apa.Jadinya,ina amalkan surah surah maryam, yusuf,lukman setiap kali lepas solat..ina akan membaca al quran 2 muka surat. Hmm.. punya la teruja betul. Sehinggakan khatam sepanjang 9 bulan kandungan. (dan alhamdulillah,sehingga kini ina masih amalkan amalan membaca alquran)..



Solat Sunat TAHAJUD


Boleh dikatakan Setiap malam,ina bangun tengah malam bagi menunaikan solat sunat.Awal kandungan,ina amalkan 4 @ 8 rakaat..masuk trimester ke 2.. terus ina pendekkan jadi 2rakaat sahaja.Tak larat perut nak turun naik bangun solat.Tapi alhamdulillah.Sepanjang mengandung setiap malam ina lakukan solat tahajud tanpa miss sepanjang 9bulan kandungan..



Banyakkan SEDEKAH



Selain sedekah duit di masjid pada hari jumaat..(sebab selalu tumpang suami yg pergi solat jumaat..ina hanya kirim pada suami je). 



INFAQ


Infaq sedikit harta kepada anak anak yatim..(yang ni sikit pun boleh..banyak lagi lah bagus). Korang boleh cari rumah anak anak yatim atau warga emas.Berikan sumbangan makanan atau barangan keperluan lain.



Ina rasa,ini sahaja yang ina amalkan sepanjang mengandungkan Soffea.Dengan izin allah juga,berkat mengamalkan amalan amalan diatas,lahirlah Nur Wardina Soffea ke muka bumi allah dengan mudah sekali..(terus buka 5cm tanpa ada tanda bersalin dan kesakitan).


Okay,pesan ina.Mak mak atau bakal ibu tu.Janganlah terlalu berharap nak dapatkan baby korang dengan merenung gambar muka baby comel kacukan matsalleh ke apa..sebaliknya,kembali lah pada allah.Ingat allah sebagai sang pencipta..

( Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah! Maka jadilah ia."
Al Baqarah:117



Jika korang nak amalkan Tip ini pun bagus juga.. Amalan Sebelum Tidur

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Bagi huda semua anak kecil tu comel, yang penting cukup sifat dan jadi anak yang soleh besar nanti. cantik tu subjektif..

    BalasPadam
  2. aah yang penting doakan anak sihat sejahtera..

    BalasPadam