sesuai dengan tajuk entri ina kali ini.Dengan cuaca mendung diluar sana sama seperti Hati ina sekarang ni..hukhukhuk.Sedihh tau. (bagi ina..apedehall.. mungkin allah nak bagi lebih lagi pasni..eheheheeh..ina suka positifkan diri.Tak suka negatif..no no no...)
BUKAN INSTAFAMOUS
Kisahnya,Contest ini dianjurkan oleh satu brand jenama antarabangsa.Dia penganjur dan dia jugalah yang sponsor hadiah.Contest ini berlangsung di social media Instagram,kebetulan memang ina pengguna setia produk *********.Dan syarat dia memang taksukar,hanya perlukan lakukan boomerang video.Mudah kan? apa sahaja berwarna *******...katanya. Ina punyalah gigih ni.Sebab majoriti yang join contest adalah instafamous.Ina? bukanlah instafamous..Hanya insan biasa.. netizen yang takpunya puluhan followers. heeeehhhehehe.
CONTEST PENIPU! |
Bukan berharap
seriously,ina tak harap pun untuk menang.Tapi,selalu juga kerap stalk Instagram terbabit.. ternanti nanti jugak bila nak umum siapa pemenang tersebut.
HADIAH yang di tawarkan
Yang ini buat ina jadi tertarik untuk join CONTEST tersebut. Pemenang Pertama sehingga ke tiga akan menerima sejumlah Wang beserta 1 set produk penjagaan wajah.Dan bagi pemenang saguhati ialah hadiah berupa produk ********** sahaja.Ina memang target saguhati je..ehehehehe.
TAGGING Atau MENTION
sindorm tag |
Okay,ina join contest ni..ialah disebabkan syarat utama dia tak sesulit seperti Contest lain yang perlu mention atau tagging nama kawan kawan.Iya,zaman sekarang ni dah 2017..orang dah takde tag lagi.Tetapi percaya tak.Ia masih wujud.Contest ina join ni tiada tag.Hanya lakukan boomerang dan gunakan hashtag brand tersebut dan misi brands itu. ( Kalo tagging memanjang, boleh mendatangkan kemarahan... bagi ina, tak salah. Yang salah bila pelaku gigih nak menang satu masa asyik tag, memang notification asyik naik.. ) Ina ada juga nak join contest tu, tapi bila terfikirkan WAJIB kena tagging kawan kawan seramai 10 orang..Dasyattt! Memang rela lah tak join...nanti..akibat kita nak menang.Orang taksuka dan akan bermacam lagi berlaku di kemudian hari.
TIDAk Diumumkan Secara OFFICIAL
umum pemenang secara rasmi |
Okay,jika sesuatu CONTEST yang jujur lagi telus.Sepatutnya,brands WAJIB announce di wall Social media mereka sendiri.Jadi,setiap mereka yang join contest tak rasa curiga.Kita Atengok contoh SAFI..pemenang dia memang announce terus di wall tanpa selindung..bukan melalui secara rahsia dan tertutup.Bila secara tertutup,faham fahamlah..akan ada isu ditipu atau sebaliknya.
TREND CONTEST
details yang diminta |
Tak dinafikan memang sekarang Brands atau founder lakukan pelbagai contest melibatkan wang atau produk
bagi meraih LIKE serta meningkatkan engagement.Yang ini tak salah.Tetapi,biarlah ia betul betul dan telus keputusan.Jangan jadi macam kes ina ni.. Siap minta details untuk penghantaran produk.Lastnya,senyap seribu bahasa.Ina sudah follow up kes ini untuk mengetahui status terkini dengan PM page dan DM di Instagram..tetapi sebaliknya tiada jawapan dari pihak tersebut.Ina takmarah,cuma bagitau je jika tamau hantar barang.Takdelah buat ina tertunggu tunggu..huhuhuhu.Ina pengguna setia skincare tu tau.Huhuhuhuhu..Mungkin takde rezeki ina.Tapi alhamdulillah,walau contest ni takdapat.Ina masih memenangi contest lain..tapi bukan brands yang sama..(artikel dan gambar terbaik bagi produk Lynnity Health).
SCAMMER
Netizen di kecohkan dengan isu isu viral di facebook juga.Contest emas dan wang ringgit.Apapun,ina berharap,korang pun hati hati jika nak join contest..Contest secara LIVE pun, ada scammer.. huhuhuhu
##Ina redha apa yang berlaku.. lepasni ina join contest sebagai blogger ajelahh.. huuuuuuuuuuuuu. Malas nak pening pening kena tagging ataupun mention orang..
#contest #instagram #skincare #beautyblogger #lifestylemalaysia
12 Ulasan
kena lapor kpd SKMM ni. biar penipu ni didenda.
BalasPadamehehehe..sbb nam besar. malas nak melaporkan
PadamKena report SKMM...kekadang terlepas pandang dsbgnye. Sy penah kena dgn sinar fm. Dah pm n cal bnyk kali..last baru dpt cash ganti dgn hadiah sbenar.
Padambertabahlah ina..huhu
BalasPadamnak hug. isk isk
PadamBahaya juga contest- contest macam ni . Buat kiya ternanti-nanti hadiah yg nak diberikan .
BalasPadamBetullah kata sis , kita bukan mengharap tapi bila dah announce sebagai pemenang , owner contest ke mana , hadiah pun kemana .. sedih bukan ..menghilangkn macam tu je
eheheheeh.. kita redha dah
Padamtakut gak nak join contest macam tu... tq pengkongsian
BalasPadamtakpe..cikash ratu. ina br nak berjinak,tuptup.adeiii
PadamAduih... Mcm2 ada kan.
BalasPadamBahaya jugak ni..Moga tidak terkena lagi sis ina
BalasPadamterimakasih doakan.. syg husniey
Padam