diabetes atau kencing manis |
Lebih kurang 18 % penduduk malaysia mengidap penyakit kencing manis (diabetes). Lebih 10 % lagi dalam keadaan ' prediabetic' dan boleh jadi pesakit diabetes jika tidak mengambil langkah langkah mencegah.
Seseorang disahkan mengidap diabetes bila kandungan gula glukos dalam darah melebihi 8 mmol/L, setelah puasa melebihi 6 jam. Normal ialah antara 4 - 8 mmol/L. Air kencingnya pun didapati mengandungi gula; jesteru digelar penyakit kencing manis.
3 JENIS DIABETES
Terdapat 3 jenis diabetes;
a. Type 1 diabetes, juga digelar' juvenile diabetes', sering menimpa sebelum umor 20 tahun. Sel2 beta dalam panreas yang mengeluarkan insulin rosak. Pesakit perlu suntikan insulin.
b. Type 2 diabetes. Biasa menimpa orang dewasa, biasAnya umor 40 tahun keatas. Sumber insulin cukup tapi berlaku insulin resistant, metabolisma gula glukos gagal.
c. Diabetes waktu hamil atau gestational diabetes sebab peningkatan hormon2 ketika hamil.
3. Type 1 diabetes terus bergantung kepada insulin. Type 2 diabetes dan diabetes waktu hamil boleh dikawal dan biasanya dikaitkan dengan kegemokkan, makan berlebihan karbohaidret dan manisan dan pengidap PCOS.
Jika tidak terkawal, dalam jangka masa panjang banyak kerosakkan organ organ boleh berlaku : rosak buah pinggang, mata, saraf, jantung, saluran darah yang menyebabkan gangrene dan lain lain
Langkah mengawal dan mencegah diabetes
a. Ikuti nasihat doktor yang merawat. Jika diarah makan ubat saperti Metformin atau lain, perlu patuh.
Pantau kandungan gula dalam darah, mudah dilakukan dirumah setelah diajar olih kakitangan klinik. Buat beberapa ujian, lepas puasa, lepas makan dan dua jam lepas makan.
b. Kawal pemakanan khususnya gula, karbohidrat dan manisan.
Nasi, mee, roti, kueh2, nasi lemak, roti canai, ais krim dan lain2 kesemuanya mengandongi karbohaidret dan gula.
Kurangkan amount makan.
Makan ikut jadual, sarapan, makan tengah hari dan malam.
Lebihkan sayur2, buah2 dan lauk dari perotin.
c. Makanan2 perlu dikurangkan.
Jauhkan minuman soda, jus dalam tin, kotak atau botol, kandungan gula terlalu tinggi.
Jauhkan makanan yang mengandongi gluten saperti, wheat, wheat germ, barley dan rye. Gluten mencetuskan inflammation dan neningkatkan hormone steroids, tahap gula pun naik.
Jauhkan susu lembu tanpa pasteur kerana kandungan A1 casein yang sama tindakan saperti gluten. Tukar kepada susu kambing.
Jauhkan Minyak soya, canola dan corn. Minyak kelapa dan sawit lebih baik.
Jauhkan produk2 GMO saperti soya dan jagung diimport dari luar negara.
Jauhkan semua minuman arak dan beer.
Makanan makanan yang disyorkan kepada pesakit diabetes:
Makanan yang mengandungi fiber. Sayur tempatan sawi, kangkung, pucuk2 ubi, keledek dan paku, nenas, oats.
Makanan mengandungi chromium, broccoli, raw cheese, kacang hijau dan panjang.
Makanan makanan mengandongi magnesium, bayam, almond, yogurt
Perotin, ikan2 berminyak, salmon, mackerel, tuna, daging lembu tanpa lemak, ayam organic, dhall.
Lemak lemak baik, Minyak kelapa
Makanan2 rendah gula, nuts, biji2 labu, sunflower, berries, avarcado.
stevia |
e. Supplement , gantian gula, herba.
Beberapa jenis makanan tambahan dan herba tempatan yang bertindak menurunkan glukos dalam darah;
kulit kayu manis |
1. Kayu Manis (cinnamon) , kajian menunjukkan ia mengurangkan glukos, LDL cholesterol dan triglycerides, disamping neningkatkan HDL cholesterol dalam darah.
peria katak |
Peria (bitter gourd
. Kajian menunjukkan peria bolih mengawal glukos dalam dalam dan neningkatkan insulin sensitivity. Ia juga bolih bantu mencegah komplikasi diabetes saperti rosak buah pinggang, rosak mata, saraf dan salurdarah.
. Kajian menunjukkan peria bolih mengawal glukos dalam dalam dan neningkatkan insulin sensitivity. Ia juga bolih bantu mencegah komplikasi diabetes saperti rosak buah pinggang, rosak mata, saraf dan salurdarah.
Dipasaran terdapat jualan kapsiul dan tablet peria.
3. Alpa Lipoic acid.
Ini satu jenis anti oxidant yang bantu metabolisma glukos, meningkatkan insulin sensitivity, dan mencegah kerosakkan saraf (diabetic neuropathy). Sumber utama broccoli, bayam dan tomato.
fish oil |
4. Fish oil 1000 mg setiap hari.
Ia bantu tingkatkan insulin sensitivity dan kurangkan inflamasi. Bertindak mengawal cholesterol dan meningkatkan HDL. Kesannya bantu kawal diabetes.
stevia |
Gantian gula
a. Sweetener P3. Berasal dari gula tebu. Diperoses dengan Nano technology. Glycemic index sifar (zero). Bolehdidapati dipasar supermarket, Mydin etc. Sesuai untuk gantian gula. Satu produk tempatan, usaha bumiputera.
b. Stavia. Sejenis tumbuhan kecil berasal dari amerika selatan. Daunnya sangat manis tetapi sangat rendah nilai glycemic index. Pengganti gula. Dapat kawal glukos dalam darah. Sesuai sebagai gantian gula.
teh hijau |
Minuman Teh hijau (green tea)
Teh hijau punyai banyak khasiat kesihatan kerana kandungan antioxidant - polyphenols dan catechins. Dianggap satu minuman yang memanjangkan umor kerana memperlahan kematian sel2 dan tisyi2. Ian juga mengawal glukos dan cholesterol dalam darah. Minumlah 5 cawan setiap hari.
herba tempatan |
Herba tempatan.
Beberapa jenis herba herba tempatan ada berkesan mengawal glukos dan cholesterol dalam darah. Misalnya daun betawali, ulam raja, hempedu bumi, sambung nyawa, ginseng, pecah kaca dan lain lain.
Daun yang menghijau boleh dimakan sebagai ulam. Atau direbus dengan air panas. Atau dikeringkan dan jadikan air teh.
exercise |
Exercise, rehat dan tidur.
Sangat penting lakukan exercise 30-40 minit setiap hari untuk menggunakan glukos sebagai bahan tenaga.
Cukupkan tidor 5 - 7 jam stiap hari. Dan beri masa untuk merehatkan tubuh dan mental kita.
#kencingmanis #diabetes #kbba9
sumber : Doktor Zubaidi
1 Ulasan
thanks cik ina for sharing this advice..
BalasPadam