scrub wajah dengan lobak merah |
Lately suami suka belikan lobak merah ni.Bukan beli 1 atau 2 batang. Malah 5 batang lobak merah sekali beli.Tapi kalau dah beli tiap hari, tak ke banyak tu..huhuhuhu. Makanya, ina hasilkan jus lobak.. sangat sedap dan rasa fresh aje lepas minum. Tanpa menggunakan gula sedikit pun dari hasil juice lobak berikut.Untuk hasilkan jus lobak merah, ina menggunakan mesin juice..boleh baca di SINI .
Tapi disebabkan hasil jus lobak tersebut, ina dapat banyak sangat hampas lobak tersebut.Jadinya, ina takmau sia siakan,maka jadilah scrub muka.Lagipun, hampas ni lembut jer.Tak kasar pun.Jadi sangat lah sesuai jadikan scrub lobak merah.
Kebaikan Lobak Merah dalam kecantikan kulit
Lobak merah untuk kulit cantik |
Memakan lobak secara rutin dipercayai dapat menghaluskan kulit. Vitamin C yang terkandung di dalam lobak berkhasiat sebagai antioksidan.Lobak juga mengandung banyak air sehingga baik untuk memenuhi kadar hidrasi tubuh.
Lobak sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Lobak menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah.
Kandungan zat besinya pula meningkatkan jumlah sel darah yang dapat membantu mencerahkan kulit. Kelebihan ini amat baik bagi mereka yang menghidap anemia, atau yang sering merasa letih.
Khasiat Madu untuk kulit :
madu untuk kulit cantik |
1. Dapat Melembabkan Kulit Wajah
2. Memutihkan Kulit Wajah
3. Menghilangkan Jerawat dan Noda Bekas Jerawat
4. Membersihkan Wajah
5. Mencegah Penuaan Pada Kulit Wajah
6. Mengecilkan Pori-Pori Kulit Wajah
Khasiat Lemon Untuk Wajah :
perahan lemon untuk kulit cantik |
1. Menghilangkan bintik bintik hitam
2. membuang kulit mati pada wajah
Bahan bahan untuk scrub wajah :
Scrub ini sesuai untuk jenis kulit :
KULIT BERMINYAK/NORMAL/KOMBINASI (kering dan berminyak)
Tambahkan:
Madu + Lobak Merah + Lemon (ambil patinya sahaja)
Cara cara menghasilkan :
Ambil sedikit hampas lobak merah,satukan bersama madu dan perahan lemon
Penggunaan :
1. Scrub secara membulat sekitar wajah selama 20 minit.
2. Rasai kesegaran bahan tersebut di wajah
3. cuci muka dengan air suam
Lakukan scrub wajah sebanyak 2 atau 3 kali seminggu
Nota :Honey sangat bagus untuk balance skin tone dan make a skin even more flawless…awesome kan.
#madu #lemon #lobakmerah
6 Ulasan
Nampak best jer scrub natural ni. Next time beli groceries kena beli bahan dah
BalasPadamlobak merah sokmo habis hahahahha... buat goreng style ubi sedap makan ralik
BalasPadamLama tak scrub ni..biasa beli jer.huhuhu..tak ada masa nak buat masker sendiri..heheh..lama nya tak scrub..rasa mcm berpasir je muka ni
BalasPadamLobak merah .. buat jus , hampasnya boleh apply kat muka sebagai masker ,
BalasPadamKena cari lemon ni, nak try
BalasPadamtak pernah try lagi scrub carani, maybe boleh cuba nanti
BalasPadam