Apabila Nikmat Ditarik Allah Seketika

Sebenarnya sudah 3 hari sakit tekak. Kemudian barulah keluar tanda bahawa ina ingin demam. Perit sangat tekak. Hari ke-4 Ina sudah demam beserta selsema disusuli batuk. Dan macam biasa lah, pakej demam datang sekali dengan sakit kepala. Ya Allah, sakit sangat.Tetapi mujurlah sakit kepala itu menyerang semasa nak sujud dalam solat sahaja.




 Pagi ini kawasan Pantai Timur iaitu Kuantan , hujan turun dengan begitu lebat sekali.Alhamdulillah.. boleh lah nak submit doa waktu sebegini.Antara waktu mustajab untuk kita semua berdoa. Tapi Ina kat sini tak berapa sihat. Demam pula.



syafakillah


Sebenarnya sudah 3 hari sakit tekak.Kemudian barulah keluar tanda bahawa ina ingin demam.Perit sangat tekak.Hari ke-4 Ina sudah demam beserta selsema disusuli batuk. Dan macam biasa lah, pakej demam datang sekali dengan sakit kepala.Ya Allah, sakit sangat.Tetapi mujurlah sakit kepala itu menyerang semasa nak sujud dalam solat sahaja. 

Sepanjang ina tak sihat,syukur juga allah berikan ina kekuatan untuk mendirikan solat serta membaca al-quran setiap kali selepas solat.Alhamdulillah,allah telah sedarkan ina juga.Maklumlah,dah jadi suri rumah tangga sepenuh masa.Inilah masanya untuk sentiasa sujud kepadaNya. Hati pun tenang.Jadi,kurang stress. 


Sejak beberapa hari ini, penglihatan ina asyik tersalah lihat aje. Mungkin otak ini perlukan sedikit rehat agaknya.Iyalah, Ina tengok..,orang post gambar makanan beserta lauknya..ada ayam masak lemak.Tapi ina ternampak isi durian pula kat situ.Mujurlah ina tak komen..Hihihihi.Kalau tak,bikin malu aje.Hahahaha. 


Semalam nak komen kat group facebook, orang yang minta lain.Ina tulis post iklan bagi bisnes suami pula..hahahaha.Hadoiii..

 Ikutkan semalam,memang tak larat nak ambil sara balik sekolah.Tetapi kena gagahkan jua diri ni seperti supermama. Kena kuatkan semangat demi anak-anak.Ermm,baru lah ina faham.Macam ni la juga mak jaga kami dulu sewaktu ina kecil-kecil,walau sakit macam mana.Tetap kena kuat. Pengorbanan seorang ibu.. 


Gambar dari maggi

Apabila memasuki waktu malam, badan ina semakin lemah.Terpaksa juga gagahi diri,ajak suami pergi cari masakan panas.Nak cepat kebah demam katanya.Alhamdulillah, dapat makan sup perut.Itu antara kesukaan ina.Suka betul cari Sup Perut,sedangkan suami geli.Hihihihi.. Sebab lembik kot.


Ketika ini,makan apa pun takde rasa apa-apa langsung.Semuanya tawar belaka.

Ina ni bukan anti ubat sebenarnya, tapi ina cuba sebolehnya elakkan dari ubat ubatan hospital.Ha..gitu lah.Setiap ubat memang ada pro dan contra. Seperti tahunlepas,ina juga demam sehinggakan menggigil-gigil,ini pertama kali dalam sejarah hidup ina.Akhirnya,tewas jua dengan 1 suntikan. Adoii.. terpaksa. 



masam masam untuk tekak yang tawar

Dan sebelum pulang ke rumah,sempat singgah ke stesyen minyak berhampiran.Jika diikutkan,memang suami marah makan benda sebegini. Tetapi bukanlah setiap hari, makan time demam aje.Orang kata, nak rasa-rasa je.Ubat tekak ni..yang buat seketika ditarik nikmat allah.Tiada deria rasa. 


Air rendaman kaki

TIPS:

1. Masukkan garam bukit ke dalam besen yang berisi  air
2. Gunakan air suam sebolehnya.
3. Rendamkan kaki selama 30 minit.

Tujuan : 

1.Bantu membuang toksin dalam badan.
2. Hilangkan penat kaki.
3. Masalah kaki berbau.


Alhamdulillah,pagi ini terasa sedikit segar.Syukur.. cuma batuk je yang tinggal.Selsema pun sudah pulih,sebelum tidur malam tadi,ina sapu CF RUB dari Tasneem Naturel Balm


Catat Ulasan

2 Ulasan