Bisnes Roti dalam kenangan

Bisnes roti, kini dalam kenangan saya.  Walaupun sambutan menggalakkan, itu lah. Masa pula tiada, rumah tangga terabai. Susah nanti dengan anak-anak serta suami. Jadi, berhenti terus. Sayang sangat sebenarnya.

Setiap hari.. ina mengambil Nur Iman Qhaisara dari sekolah pada jam 11.30 pagi.Itu adalah waktu budak Pra-sekolah tamat sekolah.Apabila selesai ambil anak, kaki ingin menuju ke parking kereta.Tiba-tiba ina di sapa oleh seseorang.


(Antara perbualan ina)

Yunie : Ina, awak jual lagi tak roti??

Ina : Dah tak jual.. 

Yunie : Laa, ye ke? Patut lah sudah tak nampak lagi ina post iklan roti di dalam group Facebook "Pelindung" . Errr...,memang tak jual dah ye?

Ina : Heee..(dalam hati serba salah ni.. tapi apa kan daya.) Jawab ina lagi.. tunggu anak besar dulu yang bongsu ini.


Selesai perbualan.. Yunie berlalu meninggalkan ina.


Tiba-tiba ina terimbas kembali sewaktu ina aktif menjual roti.Yunie antara salah seorang pelanggan tetap yang membeli roti-roti ina pada setiap petang.


Roti golok


antara hot seller



tempahan dari rakan rakan facebook dan jiran tetangga


Bun daging Blackpepper 





testimoni pelanggan ina




Roti manis


Sebenarnya.. menghasilkan roti amat perlukan masa yang agak lama di dapur. Misalnya..,tengahari sudah mula bancuh bahan-bahan untuk menghasilkan roti.Ina menggunakan kaedah manual.Jadinya,kesemua roti-roti menggunakan tulang empat kerat sahaja.Uli dengan tangan selama 40 minit.

Bercakap mengenai ulian tangan.Pada mula menghasilkan roti..Ya allah, sehinggakan ina demam urat.Bengkak tangan..iyalah,ina tak biasa lagi kan.Pernah terkejar kejar 2 kilo adunan roti.Keesokan harinya demam.Sakit sangat tangan ni.

Kesan dari ulian tangan tersebut,membuatkan ina demam selama seminggu.Jadinya,kesemua order-order di batalkan.Huhuhuhuhu~~ hilang satu nikmat.Sakit yang mendapat.

Kebiasaanya..,kesemua jualan ina akan di buat mengikut tempahan.Adakala buat hanya 1 kilo sahaja.Ada hari-hari tertentu ina Off day.Penat weiii~~ mana nak menguruskan hal rumah tangga lagi.Dengan anak-anak..haihh.

Roti-roti ina hanya di jual pada sebelah petang sahaja.Maksudnya, untuk minum petang sahaja.Sambutan amat menggalakkan.Tempahan dari jiran tetangga dan kenalan dari facebook. Majoriti yang order bukanlah sedikit.Ada yang sampai 10 biji roti bagi satu tuan.Masa ni..memang nak pitam dah.Ada juga yang nak makan roti last minit.

Jualan paling lambat habis jam 8 malam.Paling cepat seawal 5 petang dah cuci dulang dan oven dah ina...hee.Dan tiada yang berbaki langsung untuk di makan oleh anak-anak.Rasa hilang penat membuat roti.
Antara senarai roti yang dijual masa itu.. Roti sosej,roti keju,bun manis,roti sarang lebah,roti kacang merah,roti sardin,bun daging blackpepper dan chicken floss.Disebabkan ina buka banyak jenis roti,jadinya..memang akan hasilkan order mengikut ketetapan ina sendiri.Setiap satu jenis roti akan ina buat 5 buku roti.Bayangkan 8 jenis roti .. ina je sorang sorang yang uli.


dahlia


snow almond
Ada juga ibu-ibu mengandung yang mengidam nak makan biskut raya. Jadi ina mengambil tempahan.Pendapat ina sendiri,lebih mudah hasilkan biskut raya dari membuat roti.

waktu diambil mestilah sekejap bila membuat biskut raya, sekejap aje duduk didapur dan terus siap. Manakala, roti pula nak kena tunggu doh rehat sejam, naikkan roti lagi (proses proofing), proses membakar.

Banyak kan step nak kena buat roti? Itu belum lagi waktu hujan..kalau hujan, lagi la boleh menangis dibuatnya. Proses proofing itu, mengambil masa yang agak lama... boleh menangis woo nak tunggu tu.


Dan ina sedar, memang tak cukup kudrat untuk meneruskan jualan roti ini. Selepas kejadian demam dan anak bongsu ina terkena oven. Ina nekad untuk berhenti berniaga roti.

Memang sedih,tapi nak buat macam mana kan? terpaksa lah, demi menjaga anak-anak dan rumah tangga. Iya. Terasa sangat penat masa ni tau, sekarang ni ina nak fokus kepada penulisan di blog sahaja. Sambil-sambil menjaga anak-anak dan keluarga.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. niaga la balik ina..ramai plangggan tu..sayang la..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahaha..penat. Rasa tak berbaloi.Tangan ada 2 je..memang tak sempat.heee..

      Padam
  2. banyak permintaan tu.. boleh la start balik

    BalasPadam
    Balasan
    1. dalam mimpi la kot..ehehehe. kalau lah..kalau lah ,,,kalaulahh...

      Padam
  3. nampak sedap
    kena jual balik tu

    BalasPadam
  4. Weeee.... nampak sedap lah! Kak Nina tak reti bikin roti. Huhuuu

    BalasPadam