Lakukan Sendiri Urutan bagi Menaikkan Peranakan Jatuh

Sesekali ina lakukan  sendiri urutan di rumah.. tapi kali ini, ina naikkan sendiri peranakan.Alhamdulillah.. terasa selesa sekali selepas mencuba urutan ini.


Pertama kali ina mencuba urutan ini ialah selepas 100 hari berpantang tanpa menggunakan khidmat bidan.Ehehehe..Saja bertukar angin,orang kata.Tetapi ina biasa mintak tok perempuan ina sendiri yang urutkan,sebab dia seorang bidan kampung yang terkenal di Temerloh,Pahang.



Bagi korang yang berhajat ingin berurut dengan Tok Ina,boleh call no ni : 019-9335192. Tok Piah.Dia menetap di Kg Awah,Temerloh.


Nak di jadikan cerita,ina tak mahu lah kerap berurut dengan tok ina.Sebab utama ialah tok ina ni bidan.Risau nanti tersubur pula.Hihihihihi..Macam orang kata,rezeki..terima ajelah.Tetapi dengan ina yang masih mempunyai anak yang masih baby..Ohhhh,TIDAK!!  Teringat kisah mak saudara ina dahulu.Dia berurut dengan tok ina lah..,sekali ada lagi zuriat.Zuriat yang ke 6 jika tak silap ina.Tapi sekarang ni.., anak yang nombor 6 tu,sudah berumur 12 tahun.

Sebenarnya kan, Urutan semasa berpantang.Bidan sudah pun buat .Urutan seluruh badan serta urutan menaikkan peranakan juga.Rasa macam badan kembali bertenaga selepas berurut.Mungkin perjalanan darah sudah lancar agaknya.Macam biasa, ina ni suka mencuba sendiri.Jika tak cuba,tak tahu kebolehan itu setakat mana kan.

Jom sama-sama ambil tahu tentang peranakan jatuh dan cara menaikkan peranakan kembali..

Tanda-tanda Rahim Jatuh


1. Sakit tumit kaki

2. Sakit di bahagian ari-ari.Seolah olah seperti ingin demam..( first time ina kena sewaktu bujang.Silap ina juga,buat kerja lasak semasa bekerja sebagai kerani sparepart motor dahulu.)

3. Selalunya waktu petang lepas asar badan rasa nak demam, kaki tangan rasa   sejuk.

4. buang air kecil dengan kerap.

5.Jika  berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan rasa sengal.

6. Cepat rasa penat kalau buat kerja.

7. Peha dan betis rasa kebas-kebas.

8. Rasa kejang pada bahagian bawah perut.

9. Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak keluar dari faraj.(Ini peringkat yang teruk).


100 hari berpantang.Ina dengan yakinnya, melakukan urutan sendiri di rumah.Alhamdulillah..,berjaya! Caranya amat mudah sekali.. 

Rujuk gambar di bawah 



cara menaikkan sendiri peranakan di rumah


1. Ina naikkan kaki tegak ke dinding,punggung rapat ke dinding.Seperti di dalam gambar.

2. Mulakan urutan di perut dahulu.Tujuannya, bagi melembutkan urat perut.

3. Nak urut ni..badan dalam keadaan rileks yerr.Jangan keraskan badan. 

4. Pada masa yang sama tarik bahagian yang berbenjol di atas ari-ari ke sebelah atas ( ke arah pusat).

5.Urut dengan perlahan  dari bawah dan bawa naik ke atas
kalau sengal, berhenti dulu dan ulang sehingga korang  rasa lega.


6. Rehat seketika sebelum bangun.



Okaylah, setakat ini sahaja perkongsian dari ina.Selain berurut sendiri..,sesekali pergilah juga ke spa.Self reward,apalah salahnya kan.Bagi yang kurang berkemampuan dan bajet lari.Boleh lakukan sendiri di rumah.


Pemakanan juga kena lah jaga tau.. ehehehe.Banyakkan makan ulam ulaman dan tinggalkan terus minuman berais yang mana ia tak bagus untuk kesihatan wanita juga.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. kalau pandai buat okla..kalau tak pandai cari nenek yang pandai urut2 ni..hehe

    BalasPadam
  2. thank you sharing ina.. nnti nak cuba..

    BalasPadam