Lembaran Baru Di tahun 2018

Alhamdulillah, hari ini telah memasuki 1 Januari 2018. Nampaknya, bermula dari semalam lagi, hujan lebat. Tidak menampakkan tanda untuk berhenti hujan. Harap sangatlah tidak berlarutan ke hari persekolahan esok. Kedatangan tahun baru 2018, di sambut dengan hujan lebat.





Tahun 2018..apa azam korang ya?? Azam ina lain sedikit dari tahun sebelum sebelum ini ya. Ina nak hidup sihat serta fikiran juga sihat. Maklumlah. usia pun sudah mencecah 31 pada tahun ini.Kena lah berfikiran matang dari tahun tahun sebelumnya. HIhihihihi.. Fikiran pun nak juga sihat.Tak mau berfikiran negatif, tolak yang negatif didalam kepala tu.Huhuhuhuhu.. Yang mana ia bagus juga dalam kesihatan minda.Dan selain itu, ehehehe.

Tips ini orang kata nak elak kedutan di wajah.Ermm, walau pun kedutan takda lagi di wajah ina.Tapi kena lah berhati hati..ye dak?  Jika tak di elak, kemungkinan wajah  jadi tua sebelum usia.Ohhh.. tidak! Di akui, memang semua manusia akan tua. Tetapi, macam ina cakap seperti diatas itulah..


Yang seterusnya ina nak hidup sihat dengan pemakanan yang seimbang. Pemakanan mengikut piramid makanan yang betul. Sebenarnya, dari 3 bulan lepas sudah ina amalkan.Ina mulakan dengan minuman dahulu.Ina amalkan meminum jus buah buahan,selamat tinggal..gula.Walaupun ina bukanlah di kalangan obesiti, tetapi ina tetap kena jaga kesihatan juga.Tak boleh lah nak tunggu sakit dahulu, baru nak jaga kan? Kadang kadang, manusia ini bukan sedar akan kehadiran penyakit.Bila-bila masa pun boleh hadir dalam badan kita tanpa sedar. 


keluarga bahagia idaman keluarga




Tahun 2018 juga, ina nak kuatkan amalan. Harap tahun ini juga, ina dapat penuhkan segala amalan kerohanian. Amalan kerohanian ini termasuklah zikir-zikir nama allah dan solat solat sunat. Moga tahun ini juga ina dapat amalkan tanpa putus solat tahajud yang mana  kena bangkit 1/2 malam atau di tengah malam yang sunyi.


Ya Rahman, Ya Rahim – Membawa maksud Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengampun. Jika diamalkan sebanyak mungkin Allah akan lepaskan dirinya daripada perangai lupa dan lalai. Jika dibaca sekurangnya 100 kali sehari, Allah akan jadikannya orang yang disenangi oleh manusia lain.

Bagi ina,jika amalkan amalan kerohanian diatas,hati akan lebih kuat. Tabah jika berlaku sesuatu pada diri sendiri. Doa pun memang akan cepat makbul.Insyallah.


Dan moga tahun 2018 baru juga, harapnya ina konsisten dalam penulisan digital ini. INa juga menulis kerana minat. Rasa lapang hati ni,bila bercerita didalam blog ina. Iya, selain dari allah, tempat kita mengadu.

Blog juga tempat ina menulis, maklumlah tiada kawan untuk meluahkan segala isi hati. Walau mempunyai suami sekali pun, bukan semua rasa boleh berkongsi bersama. 

Mana yang baik, ina tulis. Yang sebaliknya, simpan dan buang di lautan mahupun tasik di belakang rumah ina tu..hahaha. Itulah terapi ina.. (al quran pun ada ina amalkan bagi menenangkan jiwa yang kusut ini )


Akhir kata, semoga tahun 2018 memberikan kehidupan kita semua ke arah lebih baik.Positif dan kekalkan aura positif kepada diri sendiri dan persekitaran sekeliling. Moga tahun baru ini juga rezeki kita lancar seperti hujan yang turun ke bumi.Usaha pun jangan di lupa ya.. Assalamualaikum

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Selamat tahun baru Ina. Semoga 2018 lebih bermakna.

    BalasPadam
  2. Selamat tahun baru sis. Semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Aminn...

    BalasPadam