Salahkah rezeki anak ramai?

Kebelakangan ini, kerap betul dengan mulut yang tidak bertapis iaitu dengan isu rezeki anak ramai. Salahkah jika mempunyai anak ramai? adakah ianya menganggu anda? atau adakah individu yang mempunyai anak ramai tersebut, meminta makan dengan anda setiap masa dan hari. 


Sumber dari group whatsapp 


Bila bercakap topik anak..zuriat atau cahayamata. Ada yang sensitif.. dan kecil hati. Selain tajuk kesukaran ingin hamil,ini juga salah satu isu panas mengenai anak ramai. Hmmm.. Iya ina faham sangat.





Makcik dan pakcik bawang pun apa tidaknya. Sama aje asyik mengata.Anak ramai salah.. anak seorang,asyik duk bertanya bila nak bertambah.Bila ada ramai anak perempuan,suruh tambah anak lelaki. Haihh..korang ingat,jantina anak tu boleh di request yee..? Peninglah macam ni. 

Apabila pasangan sukar hamil, di cela nya si suami bahawa tidak pandai memainkan peranan sebagai seorang suami. Dasyat kan..mulut-mulut pakcik bawang daripada seorang perempuan.Bukan semua,tetapi segelintir yang bermulut sebegitu. 
Sudahnya,bertambahlah stress pasangan terbabit.Berdosa tau buat orang begitu.Semuanya atas keizinan allah s.w.t.




Dan apabila mempunyai anak ramai,di persoalkan lagi.Kenapa nak ramai anak..? Walhal sedikit pun tidak menyusahkan individu terbabit.Asyik perli anak ramai .., makan pakai cukup ke tidak? Seolah-olah mereka-mereka ini yang memberi makan kepada si polan tersebut.

Bagi ina sendiri,selagi si isteri mempunyai tahap kesihatan yang baik.Tak salah untuk mempunyai cahaya mata yang ramai.Selagi sihat dan umur masih muda,beranak lah. Tapi si suami pun kena pandai memainkan peranan sebagai seorang suami dan bapa. Jika isteri sakit demam,segera bawa ke klinik.Jika isteri minta di urut, bantulah..

Jangan biarkan si isteri sahaja yang bertungkus lumus melayan karenah anak-anak.Dari siang ke malam,bekerja 24 jam tanpa henti sebagai surirumah dan juga isteri.Itu bagi isteri yang tak bekerja.. Jika isteri yang bekerja? Memang penat tau.Silap-silap, isteri boleh jadi depress. Tapi kalau nak hilangkan stress dan penat bekerja,boleh ke sini





Bagi suami pun, jika nak isteri bersalin setiap tahun.Memang tak salah.Tetapi,sila kasihani isteri korang tu.Pastikan korang belikan supplement untuk isteri bagi lebih tenaga.Iyalah, nak jaga anak yang masih kecil.Tiba-tiba pula mengandung lagi kan? Penat sangat tu.. huhuhuhu.



hantar isteri ke spa kecantikan



Korang sebagai suami, kena juga hantarkan isteri ke spa.Apa lah sangat kan,katanya nak anak ramai.Tapi bila isteri dah tak cantik,kulit dah tak tegang,kulit kusam,badan naik mendadak.Bermulalah episod, mata sudah gatal..apabila si suami mula memandang perempuan lain diluar sana. Tapi jika nak cut cos,boleh baca entri ini >> Tips elak Kedutan sebelum Usia


belikan barangan keprluan isteri





Kepada isteri diluar sana,selagi suami tidak buat hal, jaga hati isteri, makan pakai mencukupi, sikap bantu membantu dalam hal hal rumah tangga masih ada. Beranak lah, sesuai dengan kesihatan diri.. kerana setiap anak didatangkan bersama rezeki anak dari allah yang kita tidak tahu. Jangan takut jika punyai anak ramai dan abaikan mulut-mulut jahat yang mengata. Keep positif.. nak kekalkan positif? Boleh baca di entri berikut >> Cara mengekalkan Aura Positif Dalam Diri




Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. kalau bab anak ramai, suami memang kena ambik peranan, jangan tahu buat, dan biarkan. huhu

    BalasPadam
  2. betul tu..rezeki tu ditangan Allah

    BalasPadam
  3. bersyukurlah dapat anak yang ramai daripada langsung tidak dapat?

    BalasPadam