Semakin usia ina menginjak ke 30 tahun. Semakin minat mendalam sebagai penulisan digital iaitu menulis di blog. Bukan menulis kerana mengejar populariti. Tapi ina minat untuk bercerita mengenai pendapat dan pandangan kepada netizen. Apa yang ina sampaikan melalui penulisan di blog harap memberi faedah kepada netizen di luar sana.
Awal pembabitan ina semasa tahun 2013, masa tu buat blog pun sebab bisnes.Merangkak pergi google rumah mak create satu blog,selepas waktu kerja habis.Setiap kali nak tulis dalam blog, setiap kali itulah menangis depan komputer.. Duk google sana sini.Mujur jumpa blog Lyssa Fazurin masa tu..
1 hari ina habiskan masa selama sejam sahaja bagi setting apa yang patut dalam blog tersebut.Ermm, kalau sesiapa yang blogwalking ke blog ina time ni kan, mesti tergelak.Dengan senget benget.. susun atur semua .Tulisan lah berwarna warni dan memang agak lucu lah tulisan
Blog pertama ina ialah nurimanqhaisara.blogspot.com . Masa ni, ina baru je lepas bersalin anak pertama.Waktu ini juga, ina masih bekerja..kononnya bisnes bagi menampung ekonomi keluarga..hihihihi. Dalam masa yang sama, ina tak nampak media sosial lain(facebook dan instagram) bagus dalam pengiklanan. Lagipun sales ina kebanyakan dapat dari blog.
Yang ina nampak jalan terang dalam bisnes bagi pengiklanan ialah dalam blog.Sebab itu lah juga ina hasilkan satu blog.Alhamdulillah.Hasil sendiri godek, terhasil lah blog nurimanqhaisara.blogspot.com
Bagi ina netizen memang suka cari pelbagai info di carian google sahaja. Mudah.. zaman sekarang ni semuanya di hujung jari.
Okay,part ni sedih tau.Di group whatsapp takde pun nak bertegur sape.Tapi..ehh,tiba tiba bertanya itu ini.Selepas ina bagitau hal sebenarnya, terus nampak 'Seen' jer kat Pm facebook tu tau.Sedihh sangat..errrrr
Ramai yang salah faham,Bila jadi blogger ni memang popular erk.Salah tanggapan tu sebenarnya.Blogger ni orang biasa aja. Dan jangan silap pula memasang angan angan bila jadi blogger ni tau. Jangan fikir jadi blogger ni orang duk taja sana sini..Ohh,, silap tau. Jangan juga fikir nak jadi blogger sebab nak dapatkan job aje. Haihhh.. penat tau kalau nawaitu macam ni.
Tahun 2017, baru lah ina mengambil keputusan untuk menulis dengan lebih serius di blog.Ina rasakan, dunia penulisan digital ini amatlah sesuai dengan jiwa ina. Sebelum sebelum ni, pelbagai bisnes ina buat hanya dari rumah seperti jadi agen MLM, menjual biskut raya, mengambil tempahan roti. Dan tak dinafikan memang agak penat. Bukan lah jadi agen MLM takdapat hasil..ada je hasilnya.Buktinya ina berjaya belikan untuk diri sendiri mesin roti dan juga Seterika.
Sehinggakan pada satu hari , ina demam urat akibat mengejar order customer.Selepas dari kejadian tersebut...ina sudah rasakan ina memang tak sesuai langsung dalam bisnes bakery. Oh, kekangan lain juga turut mendorong iaitu baby boy ina yang kini menginjak ke 12 bulan.Amat sukar ina nak hasilkan roti. Yang memerlukan masa yang agak lama di dapur.
Di blog ehbelogaku.blogspot.com yang sekarang ni.Ina update entri hanya mingguan sahaja.Iaitu slot seram setiap malam jumaat.Waktu ni, memang kosong idea.Idea menulis datang hanya melalui kisah seram sahaja.Segala kisah seram berdasarkan pengalaman sendiri Tapi boleh tahan lah kan. Satu entri biasa boleh cecah 1000pageview daily bagi entri tersebut.Tapi bagi kisah seram lah. Sekarang sudah pencen cerita seram.Hihihihihi..
Selalu ping entri post kedalam group Kelab Blogger Ben Ashaari .Hihihihi.. dulu ina memang tak tahu apa fungsi group ini. Sekadar post aje ke sini.Alhamdulillah, bulan disember 2017 Barulah ina diserap masuk ke dalam group Kelab Blogger Ben Ashaari ini.
Sepanjang Pembabitan ina dalam penulisan digital ini.Ada lah sedikit Job review yang mana ina dapat.Majoriti dari Group-group facebook iaitu Social Media dan Malaysia Lifestyle Blogger.Ada yang Gift review dan berbayar. Alhamdulillah..ina terima seadanya.
Lynnity Health |
Review produk lain ialah Detergent baby dari Brand CHOMELL.Satu-satunya produk penjagaan baby dan dewasa yang bebas Kimia.Seterusnya produk kosmetik dari Imanni Skinz.Alhamdulillah,sangat bersyukur apabila founder Imanni Skinz sudi berikan ina job ini.Dan ada juga invitation job melalui emel iaitu dari Tasneem Natural Balm.
Job Review bersama Imanni Skinz : Shy Girl |
Botanic Food |
Tasneem Naturel Balm |
Pernah memenangi contest dari Lynnity Health iaitu produk herba cina yang mana ina sebagai pemenang saguhati dengan wang bernilai RM 100..iaitu gambar dan artikel terbaik. Alhamdulillah, rezeki bulan kelahiran ina pada november yang lalu. Artikel tersebut di dalam versi english. Dan seterusnya sebagai pemenang artikel Online Revolution Blogger Lazada juga bulan yang sama.Memenangi tempat ke - 2 ( voucer yang bernilai RM 150).
pemenang contest Lynnity Health |
Sebagai pemenang kedua Online Revolution Lazada |
Harapan ina, moga 2018 ialah tahun terbaik bagi ina dalam penulisan digital.Terimakasih juga rakan-rakan bloggers yang lain sudi memberikan ina tips dalam entri.Sayang korang.. Ibarat satu keluarga kami di dalam group whatsapp Kelab Blogger Ben Ashaari (#kbba9).Semuanya mempunyai aura positif.
17 Ulasan
Semoga ina lebih berjaya pd thn 2018.
BalasPadamaamiin yra.. terimakasih abm kie
PadamDulu-dulu memang trend tulis blog warna warni kot. huhuhu
BalasPadamkikikiki..yeke? hahahaha.. cam kelakar lah.
Padamsemoga ina terus berjaya dalam dunia blog
BalasPadamterimakasih cik ash
PadamSemoga terus sukses dan keep blogging ina :)
BalasPadamterimaksih..awak pun sis.
PadamSemoga terus sukses dalam dunia blog.... :)
BalasPadamkalau dah minat pada sesuatu, pasti kita akan usahakan sampai berhasil
BalasPadamyea.. betul tu kan sis.Jangan fikir buat blog sebab nak duit je. Payah nanti..
Padamnak earn pendapatan gak dalam blogging.. masih byk nak kene blaja
BalasPadamawak pun boleh..insyallah.
Padamwaaaa...saya lg lama blogging tp tak naik2..sebab penah stop kejap..hahaha
BalasPadamtehehehee..lepasni kena update tiap hari la sis..
Padamalhamdulillah..semoga terus maju
BalasPadamTeruskan berblogging
BalasPadam