Zaman 2018 Adakah yang masih berkain BATIK??

Sejak memasuki tahun baru, hari demi hari..tahun berganti tahun.Kain batik kini dilupakan oleh segelintir anak anak dara sekarang.Tak lupa juga kepada ibu ibu diluar sana.. Eheheheeh.Termasuklah ina sendiri tau.


kain batik

Pertama kali ina berkain batik ialah semasa berpantang tahun 2013.Itu pun tak pandai tau.Pakai je lucut..pakai je asyik lucut.Memang kelakar masa tu.Ina taktahu pun macam mana nak ikat. Tanya mak, mak kata ikat je. Lastnya, ina ikut cara suami gunakan kain pelekat tu.Tak ke lucu...? Berbonjot kat perut..hahaha.Dah jadi perut buncit..




Semasa berpantang anak nombor 2 pada tahun 2015,barulah ina betul-betul mahir menggunakan kain batik ini. Semasa berpantang, ina panggil nenek ina yang dari Temerloh itu datang untuk mengurut selepas bersalin. Sebabnya bidan di Kuantan ini,ina memang tak kenal.Ada pun, urut tak sedap.Macam tak mengurut..penat je bayar mahal-mahal. Nenek ina ni bidan kampung,urutan bersalin,urutan biasa,untuk ikhtiar zuriat pun boleh cuba.Insyaallah..,dulu ina selalu urut untuk naikkan peranakan.


Semasa berpantang kali ke-2, nenek ina sendiri bertanyakan.Betul ke tak pandai pakai kain batik ni? Ina apa lagi.. malu tau bila orang tua tanya macamtu. Hihihihi. Ina dengan jujurnya, mengaku lah. Selepas kahwin ada juga berkain batik, tapi kan..kain batik tu semua sudah dijahit menjadi seperti kain baju kurung.Siap ada berzip di tepi..heeeh.


Selepas dari itu,ina sudah mahir berkain batik. Sungguh mudah rupanya.Ikat di tepi pinggang aje.Ikat ketat... lepas ni memang sudah tak lucut lagi dah. 


Terasa amatlah rugi sekali jika tak gunakan kain batik semasa berpantang tu.Dahulu hanya beli kain batik pun, sebab nak gunakan semasa dalam berpantang sahaja. Kain yang disimpan masih baru.. jadinya,ina memilih untuk memakai kain batik.Walau tidaklah menggunakan kain batik setiap hari,tetapi tetap ina gunakan dalam seminggu ada beberapa kali guna. Takkan nak tunggu bersalin seterusnya pula.. huhuhuhu.Membazir jer rasanya.. terbiar camtu.


Korang pula macam mana? masih gunakan lagi tak kain batik? Atau gunakan kain batik dibuat berkemban untuk mandi aja? Drop komen okay.. kita berkongsi cerita disini..


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Ada juga pakai tapi memang tak berapa nak pandai la. Kira ambil syarat pakai je

    BalasPadam
  2. ekin ada lagi pakai.. malam jer la hahahhaha.. siang tu kdang2

    BalasPadam
  3. bestnya berkain batik.... abe nk pakai jugak la

    BalasPadam
    Balasan
    1. di terengganu lau xsilap,ada lelaki yang memakai kain batik

      Padam
  4. Pakaian tradisional yang perlu dikekalkan.

    BalasPadam