Alhamdulillah.. semalam ina tengah makan tengahari.Tiba-tiba dapat panggilan dari seorang lelaki india yang bertanyakan rumah ina.Pada mula tu,memang sedikit takut lah.Sebab takda lagi kurier yang tak tahu jalan ke rumah ina ni...,ehehe..Kebiasaannya,GDex,skynet,Abx,CitiLink dan poslaju kenal alamat rumah ina...erm..,bukan ina selalu beli online.Tapi ada lah terima barangan dari job review.
Memang agak kepelikan..rupanya,Lori dari transport Tiongnam hantar barang rupanya.Dan Uncle india sambil membawa satu kotak bersaiz sebuah printer.Haaaa...,masa ni ina dah pelik.Siapa la yang nak suruh in areview printer pula ni kan? Hahahahah..
Selesai tandatangan dan memberikan nama penuh ina di satu kertas Consignment note tersebut.Sender barangan tersebut ialah dari Home Tester Club Malaysia.Ohhh...,nampak kat situ juga ada tulis Wyelth Nutrition Malaysia.Yayyyy! Alhamdulilah..,susu rumusan kanak-kanak S26 Progress.
Syukur sangat..ina terpilih bagi mencuba Susu Keluaran S26 Progress dari Wyelth Nutrition Malaysia.Susu rumusan ini bagi Langkah 3 iaitu bagi tumbesaran kanak-kanak dari umur 1 hingga 3 Tahun.
Memang rezeki anak-anak ina.Nur Wardina Soffea yang berusia 2 Tahun setengah memang nak sangat minum susu formula ni.Sekarang ni pun memang pantang kalau nampak budak sebaya dia atau baby menyusu botol.Dia pun mintak juga.. heee.Sekarang soffea dah boleh minum susu juga yer sayang.
Tambah kapsyen |
Yang kecil tu,Muhammad Arif Furqan.Excited betul awak erk.Siap gigit kotak lagi tuuu! Furqan berumur 1 tahun tapi anak ina yang ni dia Breast feeding.Susu formula memang tak minum.Berbeza betul yang ni.Lagipun ina sudah berniat nak susukan sehingga 3 tahun.
tadaaaa~~ bila buka kotak besar tu.Akan nampak macam ni. Sangat menjaga kualiti! ada alas dengan span nipis.. Packaging pun menarik.
Buku pamplet s26 Di dalam kotak turut mengandungi buku pamplet mengenai khasiat susu dan tentang nutrisi tumbesaran kanak-kanak. |
Dalam kotak besar,ada kotak lagi..Eheheheeh. Warna yang menarik,yang dapat memikat bakal pembeli.1 kotak ini mengandungi 3 pek susu. Bolehlah di jadikan stok selama 3 bulan untuk Soffea.Jimat dah kat situ..heee.
susu s26 di packaging kemas |
Macam ina bagitahu kat atas tadi,sekotak mengandungi 3 Pek susu rumusan Kanak-kanak S26 Progress.1 pek dengan berat 600gram tiap satu.
nampak tak ada tulisan S26 pada setiap bungkusan foil ? |
Ada cetakan tulisan S26 pada setiap foil bungkusan susu.Ini bagi mengelakkan isu ciplak produk tersebut.Cantik pula tengok..penuh tulisan macam tu..nampak ekslusif.
Okaylahh.. setakat ini sahaja entri kali ini. Terimakasih kepada pihak Wyelth Nutrition dan Home tester Club kerana memberi ina peluang bagi mencuba produk susu rumusan ini secara percuma.Alhamdulillah!
Bagi korang nak mencuba pelbagai produk PERCUMA..Ada pelbagai produk sebenarnya..dari skincare,penjagaan diri dan juga barangan kanak-kanak.Mana tau ada rezeki korang pula kan? Ini bukan sampel produk macam biasa tu tau.. Tengok macam ina dapat tu.Berbaloi laa.
Boleh KLIK LINK INI dan terus daftar ya.
8 Ulasan
Bestnya... Rezeki!
BalasPadameheheeh..tu lah. Rezeki tak salah alamat.. cuma salah nama je semalam
PadamBestnya.. ada juga daftar tapi belum rezeki lagi nak dapat..
BalasPadamAlhamdulillah..rezeki anak2
BalasPadamalhamdulillah..rezeki anak2..:)
BalasPadamAlhamdulillah rezeki. banyak tu
BalasPadamrezeki
BalasPadamTahniah...alhamdulillah rezeki anak²
BalasPadam