FEBRUARI datang lagi....Apa Khabar?

Assalamualaikum...salam 1Februari.Sekejap je ya masa berlalu dengan pantas.Alhamdulillah.. Semoga bulan Februari adalah bulan yang lebih cemerlang dari bulan lepas.

Korang macam mana? Dah set target untuk bulan Februari ke atau masih belum mempunyai target lagi? Heee...jika belum ada,boleh  lah set target dari hari ini dan tulis la dalam buku planner .

Februari datang lagi

bulan februari..ramai yang kata.Bulan CINTA... Macam lagu dangdut era 90-an.Bulan itu..bulan cinta...


Bulan Februari bagi ina adalah bulan paling sweet.Iyalah, sweet sebab dalam beberapa hari jer lagi ina akan menyambut anniversary perkahwinan kami yang ke 7 tahun. Alhamdulillah.. Segala hadiah sudah di beli.Cuma nantikan barang yang akan sampai itu aje. Harap dapat memberi sedikit kejutan buat suami ina.Bukan selalu pun..hurm.

Tapi kalau dapat percutian percuma kan best.. hihihih.Last bercuti pun masa tahun lepas,itu pun bercuti tanpa di rancang.Ehh,kalo ada yang nak bagi free penginapan apa salahnya kan? Boleh ina review di blog ina dan social media ina ni haa..murah rezeki korang tauu.. tehehehehe.Tapi ada ke erkk,yang sudi?

Okay.. harapan ina semoga bulan Februari adalah bulan paling cemerlang dari bulan-bulan berikut.Banyak ujian allah turunkan kepada ina,iaitu anak-anak ina demam berlarutan,sehinggakan Sara demam seminggu dan berulang ke klinik sebanyak 3 kali.

Ujian seterusnya ina di serang migrain,Terdahulu,hari-hari ina di serang migrain, akibat tak cukup rehat mengambil tempahan roti dari jiran tetangga dan pelanggan.. itulah pasal ina stop menjual roti.Resipi pun ina dah bagi ..

Berbalik cerita sekarang,hampir seminggu juga migrain menyerang.Sakit ya rabbi.. mungkin stress dan tidur tidak mencukupi.Maka timbul la segala eyebag dan puffy eyes.. heeee.Seriously,tapi alhamdulillah..,beransur hilang masalah tersebut.

Orang kata, di sebalik ujian.Ada sinar menanti.Yeah, memang betul.Alhamdulillah,bulan januari adalah bulan rezeki ina.Banyak job review yang masuk..(bulan disember langsung tiada job).Majoriti adalah dari produk kecantikan..hihihi.Syukur Ya Allah.Rezeki anak-anak juga ni..

Bagi korang yang takde dapat lagi job review,jangan panik.Teruskan menulis ya.. macam ina,hihihi.. keep momentum.Insyallah,tak lama akan ada yang sudi offer job.Mungkin allah nak suruh kita polish lagi skill.Ina? tak hebat.. hanya menulis mengikut deria rasa sahaja.

Semoga korang semua terus sukses ya..Eh,tapi kalau dah sukses,jangan lupa pulut kuning.Ehhh,bukan hantar kat ina.Ehehehehe... tanda syukur orang kata.(Itu ina sendiri lah punya cadangan.. sebab dulu setahun makan pantang pulut tau..ni furqan sudah setahun lebih..boleh kenduri pulut laaa)..Atau kita Infaq sedikit harta kepada yang memerlukan.Sedekah pun jangan di lupa ya..

Catat Ulasan

3 Ulasan