Collaboration lagi bersama Allyoung

Setelah selesai urusan ina di Allyoung yang terletak di ibu negara iaitu Kuala Lumpur.Kisahnya boleh di baca Terpilih sebagai pemenang contest bagi penjagaan wajah Swissvita dan Hadiri sesi rakaman video pendek .


Semasa ina menghadiri sesi rakaman interview video bagi produk tersebut tersebut.Sangat seronok perasaan ina ketika itu.Sesi soal jawab mengenai produk serta penjagaan kulit wajah ina.Bagaimana proses...apa yang ina lakukan langkah demi langkah dalam penjagaan kulit wajah.Dan,setiap soalan diajukan dengan secara spontan.Hahhh..berdebar juga masa itu kan.Yang tak best waktu itu.. Ina lupa nak touch up mekap semula.Adoiii...iya lah,pening nak carai bangunan itu.Satu hal.. Ina bergerak dari Kuantan ke KL mengambil masa selama 3 jam.Maklumlah,ada anak kecil,banyak kali berhenti tukar pampers.Tapi itu semua tak mematahkan semangat Ina yang sanggup datang dari jauh.






COLLABORATION


Alhamdulillah,rezeki sekali lagi bersama Allyoung_my.Tetapi kali ini,Ina berkolaborasi pula.Ina di lantik menjadi team #allyoungsquad di social media melalui platform Instagram. Bagi produk mereka. Dengar kata,mereka bakal melancarkan satu website e-dagang yang mana ia akan memudahkan pelanggan bagi mendapatkan secara atas talian.Job ini bagi bulan April 2018.Nantikan ya.. 



KOL INFLUENCER


Diberi kepercayaan dengan melantik ina sebagai ahli #allyoungsquad bagi mempromosikan produk mereka melalui kata kunci hashtag  di Instagram berikut.Dan sudah semestinya,entri di blog pun turut wajib tulis.KOL influencer ni,macam pengaruh la.Setiap apa yang ina guna,ina tulis..ada pengikut tersendiri.Ehhh? ade ke pengikut ina ni erkkk. Macam biasa,produk sudah semestinya brand sediakan.




ALLYOUNG ADALAH SALAH SATU SYARIKAT KOSMETIK ANTARABANGSA


Untuk pengetahuan umum.Ini antara pengalaman pertama Ina berkerjasama bagi produk kosmetik antarabangsa.Iaitu allyoung berpusat di Taiwan.Alhamdulillah.. rasa macam tak percaya juga sebenarnya ni.. Dan buat ina semakin berdebar adalah,Ben selaku ketua eksekutif (taiwan).Kerap view dan like status ina di Instagram.Harap sangat,blog ni.Dia tak baca lah.. hahaha. 

Produk swissvita yang ina gunakan sekarang ni memang bagus.Ina mula jatuh cinta dengan eye cream.Memang berkesan bagi masalah eyebag dan puffy eyes.

Setakat ini sahaja pengalaman Ina ya.. 


Boleh baca review mengenai : produk swissvita 

Catat Ulasan

1 Ulasan