Kali ini..,ina nak berikan pendapat mengenai 2 produk ini.Yang mana ia juga merupakan Essence yang kini menjadi VIRAL di kalangan netizen.
ROSE GOLD WATER - BIO ESSENCE |
Tadaaaa!!! Ini lah dia antara essence yang kini menjadi VIRAL oleh netizen. Termasuklah ina sendiri..ehehehe.
SAFI RANIA GOLD BEETOX vs WATER GOLD BIO ESSENCE
PACKAGING
Untuk pengetahuan korang,bio essence ada mengeluarkan Rose Gold Water dalam packaging kecil.Iaitu bersaiz 15ml pada harga RM 30 .. Ina sudah cuba untuk saiz kecil ini.
Tetapi produk Safi Rania Gold Beetox tidak mengeluarkan dalam saiz kecil tersebut.
saiz 15ml Rose gold water |
PERBEZAAN DARI SEGI RAMUAN
Rose Gold Water
Bio Essence menggunakan ekstrak rose jepun serta kandungan 24k serbuk emas yang terkandung.
Safi Rania Gold menggunakan Teknologi Beetox iaitu dengan gabungan kandungan bisa lebah, madu, jeli diraja dan propolis untuk menguatkan struktur dalaman kulit untuk menghalang penuaan
Turut mengandungi bahan-bahan aktif yang mencerahkan kulit wajah iaitu vitamin C dan NutrixBright Complex yang berkesan melawan pigmentasi dalam masa dua bulan dan mencerahkan tona kulit seterusnya memberi keserian pada wajah.
TEKSTUR ESSENCE
Rose Gold Water bersifat agak pekat berbanding Safi Rania Gold.Dan dari segi bau..,Safi Rania mempunyai bau yang wangi berbanding Rose gold water bau sedikit lembut.
HARGA
Rose Gold Water berharga RM 75.90 dengan pek bungkusan bersaiz 100ml, manakala Safi Rania Gold berharga RM 36.XX..
Secara keseluruhannya,kedua duanya produk terbaik bagi merawat masalah kulit kusam,pori wajah terbuka,anti penuaan dan juga masalah jerawat.Sebelum korang beli, cuba dahulu tester di bahagian rak jualan.Jika terdapat sebarang alergik atau apa sekalipun.Usah beli.. Jangan di sebabkan produk VIRAL..,korang ikut sama membeli.Ikuti Cara mengenali Alergik Kosmetik
Bagi pendapat ina sendiri,Usia 30 tahun dan keatas lebih sesuai meggunakan essence yang mempunyai serbuk emas sahaja.Manakala wanita bawah 30 tahun,dinasihatkan mencari produk yang tiada kandungan emas.Seperti Bio Essence ada menggeluarkan 2 produk bagi essence. Iaitu Rose Gold Water dan Bio Gold.
Tips: Sila rehatkan kulit wajah terlebih dahulu sebelum menggunakan mana-mana produk penjagaan wajah.Kulit pun nak juga di rehatkan sekali.Ibarat tempoh bertenang..
Rose Gold Water Bio Essence
Safi Rania Gold Beetox
Rose Gold Water Bio Essence
Safi Rania Gold Beetox
Bagi mendapatkan produk Viral diatas..sila berkunjung di Watson dan Guardian berhampiran.
3 Ulasan
huda tak pernah try mana2 produk safi rania gold and bioessence. hehe, baca ni baru tahu..
BalasPadamPernah guna safi rania. Gold.
BalasPadamSuka! Dan masih pakai lagi.... Harga pun mampu beli. Hehee
yup,betul tu.Mampu beli.. ehehe. Tapi kalau sesuai,boleh teruskan.
Padam