D'WESTERN CORNER BUAT AKU TAKNAK BALIK



Semalam,tanpa dirancang.Pandai pula suami ina ni.Dia bawa kami sekeluarga makan di sini.Pabila kaki melangkah masuk ke Restoran D'Western ini.dalam hati tu.Berbunga riang.Eehehehe... Kembang kempis dah Ina ni. Nak juga suami bawa Ina yang punyai anak 3 orang ni ke tempat sebegini.

Okay,untuk pengetahuan korang,Restoran ini terletak di tengah bandar Kuantan iaitu di Jalan Teluk Sisek.



TEMA RESTORAN 


Berkonsepkan sweet dan surprise di restoran ini.D'Western adalah salah satu restoran milik anak muda berbangsa melayu.Restoran ini juga menyediakan surprise birthday yang mana pelanggan yang datang ke restoran ini bagi yang ingin menyambut ulang tahun kelahiran mahupun ulangtahun perkahwinan. 

Yang menarik disini ialah Restoran turut menyediakan servis nyanyian dari pekerja restoran di sini.Yang di maksudkan adalah nyanyian sempena menyambut ulangtahun kelahiran.



MENU MAKANAN D'WESTERN






Kebiasannya,ina order Lamb Chop.Tetapi kali ini Ina mencuba Carbonara Spaghetti Chicken.Umm...Cukup rasa..mengena dengan selera ina.Sedap! Kuah carbonara pun pekat..itu yang penting.  


Antara menu lain di sini ialah Chicken Chop,Chicken Grill,Lamb Chop,Blackpepper Steak,Fish and Chip.Manakala hidangan ringan lain ialah Wedges,Kentang Goreng,dan Garlic Bread and Mushroom Soup.







Tengok kat gambar atas tu... romantik sangat tau.Dengan pencahayaan lampu begitu.Haihh,ditambah pula dengan muzik romantik.Rasa macam ohhh.. seronok sangat.Sampai rasa tak mahu balik tau. Restoran ni pun bersih sangat,dari meja makan,susun atur restoran dan dapur.

Dapur style open tau.Jadi korang boleh nampak,Chef masak apa kat sana.Staff pun ramai disini. Mudah mesra.. 


bergambar di D'western


Okay,kalau tak bergambar memang tak sah ina dan anak-anak ina ni.Kat restoran ni pun, salah satu tempat yang menarik untuk bergambar bagi kaki selfie.Ehehehe...Ada motor antik (vespa) lagi tau.. Bolehlah posing atas motor ni sebagai kenangan.


DESSERT DAN MINUMAN 


Turut menawarkan pencuci mulut iaitu aiskrim dan Kek slice.Juga di sediakan jus buah-buahan,minuman panas dan sejuk.



PAKEJ SAMBUTAN ULANGTAHUN KELAHIRAN ATAU ANNIVERSARY

HARGA RM 14.00 Bagi 4 Orang Keatas  Western Food Boleh PILIH
Minuman semua jenis disediakan (Kecuali air buah buahan perlu tambah RM 2.00)

CHICKEN CHOP 
Chicken Grill
Lamb Chop
Black Pepper Steak

Harga Kek Berasingan (Perlu membuat Tempahan Sehari sebelum )

Red Velvet RM 80.00
Indulgence RM 80.00
Rainbow Cake RM 80.00


Ready Stock!!
Mango Cheese Cake 1/2kg RM 50.00
Nutella Cheese Cake 1/2 Kg RM 50.00
Black Forest dan Pandan Layer RM 50.00


DECORATION 


Outdoor RM 10.00
Indoor + Aircond RM 15.00

Candle,Patel Roses,Prop Birthday  atau Anniversary Surprise Birthday Song, Present Gift Inspired Perfume


Maklumat lanjut korang boleh lah menghubungi terus di talian : 014-5052091 atau 019-9931213 

Waktu Operasi adalah dari jam 5 Petang sehingga 1 pagi.

Ikuti D'western di laman sosial media mereka :

Facebook : https://www.facebook.com/Dwesternofficial/
Instagram : https://www.instagram.com/dwestern_corner/

Nah, belanja Video sambut birthday suami pada 22 September 2020..

Pakej RM 130.00 .. dapat perfume 1 unit, perfume kereta 1 unit dan makan untuk 2 orang beserta 1 slice cake. Rakaman video dari pihak Dwestern..





Catat Ulasan

2 Ulasan