gambar diatas ialah sekadar hiasan.. ambil contoh sahaja yer..
Gambar seperti di atas.Kepala Furqan tersepit seperti gambar di atas.Sama.. situasinya.
KEJADIAN BERLAKU SEWAKTU MAGHRIB
Kejadian berlaku,semasa Ina bersama suami mengerjakan Solat Maghrib ketika itu.Seperti kebiasaannya,memang akan menyuruh anak-anak solat sekali kami laki bini.Tetapi,hari tersebut,Soffea dan Furqan bermain bersama di atas katil.Asyik bergelak ketawa..
Entah kenapa,secara tiba-tiba Furqan menangis.Teresak-esak menjerit seperti dalam bahaya.Kami laki bini,berhenti seketika solat.Melihat apa yang sedang berlaku ketika itu.
Jantung Ina sudah berdebar pada ketika ini.Tetapi masih boleh bertenang lagi..tidak panik! Suami?? ada berlaku sedikit panik di ketika ini.
TIPS BAGI MELERAIKAN MASALAH KEPALA ANAK TERSEPIT DI KEPALA KATIL
1. Jangan PANIK!
- Masa ni,korang jangan panik.Rileks ajer tau. Ina? Siap boleh cakap lagi pada suami.Habis lahhh.. hhihi.
2. Lafaz Bismillah dan Berselawat
- Kita sebagai muslim,letakkan Allah nombor satu.Hendaklah bergantung harap kepadaNya.
- Dimulai denga Lafaz Bismillah sebanyak 3 kali beserta Selawat keatas Nabi juga 3 kali beserta niat.
3. Pegang kepala anak dengan perlahan
- Sambil bersembang dengan Furqan,bagi menghilangkan ketakutan serta detik cemas itu.
- Ina tolakkan sedikit kepala Furqan ke arah bawah dan ke atas.(Anak semakin menangis.. kemungkinan mengalami kesakitan di bahagian kepala.)
- Ina pusingkan secara mengiring kepala Furqan. Terus kepala Furqan berjaya di keluarkan dari kepala katil tersebut.Alhamdulillah!
Suami Ina masa ni ada di sebelah,cuma dia PANIK! dah kaku macam tu.. so,Ina kena lah jadi kuat.
Syukur sangat Ya Allah! Dah tak perlu panggil lagi bomba untuk kerja-kerja pemotongan kepala katil besi Ina ni..hahaha.Apepun,sebelum panggil bomba,usaha lah sendiri terlebih dahulu,sebelum meminta bantuan bomba.
Okaylah,apa yang penting.Korang jangan cepat panik dan menggelabah.Korang kena bijak bagi menangani isu sebegini.Tenang ajer tau! Insyallah..pasti boleh punya.
Pssst! Dan sehingga kini,Ina sudah fobia dengan katil besi itu.Rasa nak jer di buang.Ngeri oiii,bila diingatkan kembali.Kecut perut...
4 Ulasan
kepala sha pernah tersangkut jugak haha
BalasPadamDulu saya pernah terspit dkt gate rumah. Tunggu mak balik kerja..ahha nasib baik dpt kluarkn sndri..ahaah
BalasPadamMahu tak menggelabah kepala ank tu ! Huhu tp betul la. Bila panik kita tk boleh fikir ap yg sptotnya kena buat. Kita akn lebih nk protective bukan nk mmbantu. Good job ina !
BalasPadamCuak sangat kalau bbtul jadi depan mata. Sebab tersepit kot huuu.
BalasPadamhttps://ikashoid.blogspot.my/