Korang dah beli baju Raya ke belum? Ina sudah beli.Ehehehe.Alhamdulillah,beli baju raya hasil dari titik peluh.Ecehhwah! Tahun ni,Ina relaks sahaja.Takdelah terkejar dengan segala order biskut raya.Tahun ni juga,paling relaks.Hajat di hati,nak buat kuih bergoreng sahaja.Sementara anak tengah melasak ni,memang ina takut nak buka oven tu.Sebab dulu,pernah melecur kaki Furqan sewaktu masih baby.Huhhh! Lagipun,suami pun suruh beli sahaja biskut raya.On jer Ina ni ha..janji peruntukan untuk biskut raya diberi.Heeeeh~
Sedekah untuk membuka pintu-pintu rezeki
Alhamdulillah,dapat baju kebaya yang murah serta mampu dimiliki.Rezeki allah berikan pada tahun ini berlipat kali ganda.Seperti tahun lepas,last minit Ina beli.Itu pun 3 hari nak beraya.Disebabkan running modal bisnes biskut raya.Untung rugi kena lah tolak sesiap.Barulah boleh gunakan untuk shopping.
Mungkin di dalam hati Ina pernah berniat untuk bersedekah kot.Jadi allah lipat gandakan lagi rezeki ina bersama anak-anak dan suami.Walau tahun ini tak memberi sumbangan biskut raya kepada fakir miskin.Tapi allah mudahkan,berikan ina jalan lain untuk bersedekah.Alhamdulillah! Tercapai hasrat Ina pada tahun ini.
RM 100 untuk 2 pasang Kebaya
Kebaya ni Ina memilih saiz M.Ina lebih suka memakai pakaian sedikit besar dari saiz asal potongan badan Ina.Yerlah,seganlah orang tengok.Ehehehe..Lagipun,sesuailah dengan Ina.Jangan tak caye pula,2 pasang kebaya yang siap dijahit ni beharga RM100.
Tahun ni mama nak berkebaya lah pulak.Tahun-tahun sebelumnya,Ina memakai baju kurung biasa sahaja.
Jauh beli ni..ekekeke.Siap pesan lagi dengan kakak yang duduk di Kulai.Kebetulan dia kerap pergi angsana mall.Jadi,teruslah Ina order dengan kakak.Eheheeh. Sebelum puasa lagi dah selesai baju raya Ina.Tapi kalau suami nak tambah sepasang lagi ke..,Ina On jer.Tehehehe..
Baju anak-anak ayah dia yang beli lah.Tapi di Kuantan jer lah.Ehehehe.. Baju raya suami pun dah settle. Biskut-biskut raya sahaja yang belum.Errr...terasa macam nak jer buat sendiri biskut raya.Mengenangkan harga biskut raya semuanya RM 28-32 range harga..emm,sedap tatau lagi tu.
Harap-haraplah sikap M tak terus menguasai diri Ina ni..Plan nak buat popia simpul,semprit jer nii.Hummm.. Yang melemahkan Ina ni ha,si kecil Furqan tu.Ina baru jer keluarkan peralatan seperti tepung tepung,dia dah start campak barang -barang dia ke dalam bekas mama nak adun kuih.Camana tuu? Kita bangun sahur,stay sampai ke subuh.Dia pun sama juga,nak sahur la konon.
5 Ulasan
ermm..kebaya tu..hihi
BalasPadambesar sikit ni..sebab tu pilih M.Tak alter pun baju ni bagi kecil
PadamBuat sendiri lagi puashati tapi itulah tak rajin hehe
BalasPadamina failed bab nak hasilkan baju.Setakat jahit yang koyak,bolehlah..kikikiki
Padamtgok sikit baju tuuuuu.heeee
BalasPadam