Bonding Time Bersama Adik - Beradik

Sepanjang ina bermalam di rumah mak,banyak sangat aktiviti kami lakukan bersama adik beradik dan juga mak..Orang kata, bonding time bersama keluarga..time macam ni lah kan, kita boleh rapatkan ikatan kekeluargaan walaupun telah berkahwin dan beranak pinak.Ehehehe..


siakap sweet sour


Tolong menolong di dapur


Kami saling tolong menolong dalam bab memasak.Sorang masak nasi,sorang lagi tolong menggoreng ikan dan memotong sayuran. Tiba-tiba terasa kehidupan di zaman remaja dahulu.Rindu sangat.. mak memberi arahan bagaimana nak memasak nasi dengan betul.Celoteh mak .. mak membebel disebabkan memasak nasi terlalu lembik.Ehehehehe... semasa nasi dah berjaya di masukkan ke periuk nasi.


Kenangan sewaktu meningkat Remaja



Mak pula datang memeriksa sukatan air dalam beras.. dah macam QC pula kan? ehehehe.. Itu baru satu..dan satu hal lagi, mak akan memeriksa di dalam sinki.Nak tengok samada dalam sinki ada buang banyak beras ke tidak.. hahahahah.Jika betul,ada beras yang jatuh ke dalam sinki itu.Haaaa,sampai ke petang bebel mak tau.Hihihihihi.Tetapi itu dulu,sekarang tidak dah.Mak dah tau,masing-masing sudah besar.. adik-adik pun yang bongsu berumur 21 tahun dan bawah ina seorang tu,berumur 24.

"Mak selalu memesan,kalau macam ni lah rupanya memasak.Nanti dah kahwin macam mana lah? Marah nanti mak mertua tu.."



Masa zaman muda remaja,susah betul la nak memasak.Itu dalam fikiran ina.Tetapi sejak berkahwin,semuanya nampak mudah.Yang penting.Kerajinan.. iya... tak rajin..,memang tak berasap lah dapur.Heee.. Mungkin disebabkan sudah matang.Memikirkan tanggungjawab sebagai ibu dan juga seorang isteri.Lebih-lebih lagi resipi dihujung jari sekarang ni kan? Lagi lahh..,mudah.
ikan selfie


Haaa..,sudah siap masak.Kami 3 beradik,bergambar dulu dengan hidangan.Kikikiki... Gambar-gambar ni semua,kebiasaannya,akan di upload di laman sosial media facebook dan Instagram masing-masing dan tak lupa juga di group whatsapp kami adik beradik.Nak juga bagitahu kepada abang sulung dan kakak apa yang kami masak pada hari tersebut.Motif??? Saja nak bagi mereka jeles.Dengan harapan,balik lah nanti mereka itu. Hahahaha.Walaupun,baru sahaja mereka pulang pada bulan lepas. 



ikan

Okay,,jangan mudah tertipu tau.Artikel ini sebenarnya lama punya.Asyik di dalam draf sahaja terperap lamanya.Pagi ni,iaitu pada 2 Ramadan 1439H,baru ada masa nak publish..ekeke

Catat Ulasan

0 Ulasan