Jalan-jalan ke Outlet Sendayu Tinggi

Kelmarin,tertengok satu update status rakan FB mengenai Sendayu Tinggi tengah On Lelong barangan Kosmetik yang terpilih.Bergegas Ina buka Website Sendayu Tinggi.Tehehehe..

Ya allah! Rasa macam nak tercabut anak mata bila tengok ada Lipstick Lelong beharga RM5.Produk Sendayu Tinggi bukan calang-calang tau.Berbaloi kalau beli ni.Tehehee.



Dari Usia belasan tahun mengenali Sendayu Tinggi


Produk Sendayu Tinggi ni kan,dari usia belasan tahun lagi.Abah perkenalkan kepada Ina dan juga kepada adik beradik yang lain.Produk pertama masa tu yang ina consume ialah Ubat resdung.Alhamdulillah.Memang serasi sangat.Tablet kapsul Resdung.

Usia remaja masa tu,Ina memang kuat sangat masalah Resdung.Siap keluar bisul di muka dan pada bahagian badan lain.Dan abah cuba ikhtiarkan Ina dengan Kapsul Resdung dari Sendayu Tinggi.Memang berkesan sangat.


2017 


Dalam arus serba moden.Ina hampir terlupa akan jenama Sendayu Tinggi.Tetapi pada Raya 2017,Ina continue membeli produk Sendayu Tinggi.Kali ini,Ina tak beli produk Resdung,tetapi beli Concealer pula.Tehehehe... Concealer ni High Coverage



Membeli Concealer




Walaupun,hidung dah mancung..(tehehehe,,sorry,terperasan).Tetap Ina beli kan Concealer ni.Concealer ini bukan sahaja boleh gunakan hanya untuk shading batang hidung yer.Tapi juga boleh shading bentuk muka korang.Yang mana muka kurus,boleh jadikan muka tampak sedikit berisi..(Itu kalau yang mahir lahhh teknik mekap.Ina? memang tak reti..) Muka chubby pula,boleh shading jadikan muka agak tirus.Itu sebab utama Ina membeli Concealer dari Sendayu Tinggi.Lagipun,Yati dari Sendayu Tinggi ada tutorial ni.


Lagi satu,concealer ni Ina gunakan untuk cover Eyebag dan jeragat di muka Ina ni..Eheehe.

Hajat Hati 


Tapi kan,Ina kecewa sangat.Semalam keluar semata-mata nak cari produk lelong tu di Outlet Sendayu Tinggi.Tetap tiada.Banyak rak kosong.Kecewa sangat tau.Mood membeli tu semua dah hilang..sedih sangat tau.

Pearl Cream Sendayu Tinggi


Pearl Cream Sendayu Tinggi


Biasalah,perempuan.Dalam kepala plan lain.Sampai sana beli lain juga yerr.Tehehehe.. Kali ini,ina sempat grab 1 Pearl Cream.Dengar cerita ia bagus dalam merawat jeragat serta memutihkan kulit.Haaa..siapa tak mahu kan? Lagipun kulit ina ni sudah kusam pula.Raya lagi 2 minggu lagi ni..Errkk!

Harga asal Pearl Cream ialah RM 36.05.Tetapi ada Sale semalam jatuh pada harga RM 27.55 sahaja bagi satu unit.Ehehehe.. banyak kan? Beza harga dia tu..

Okay,nanti Ina akan review pula produk Pearl Cream.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Kin paling suka lip crayon dia..

    jemput singgah, ade entri baru :
    https://www.asyiqin.com/2018/05/come-on-traveloka-kan-ada_65.html

    BalasPadam
  2. owh ada lagi yer sendayu tinggi nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. masih ada.Antara empayar produk kosmetik paling bertahan

      Padam