Haii..Salam Ramadan yang ke 15.Kejap je masanya,dah tak lama lagi kita sudah nak menyambut Lebaran.Mesti korang dah mulai sibuk menyiapkan kelengkapan bagi menyambut Hari Raya.Lagi 2 minggu lagi beb!
Iyer,2 minggu lagi ni kita nak beraya.Kuih Raya? Baju Raya? Langsir Raya? Sofa Raya dah beli ke belum? Eh,eh,eh..melampau betul korang beraya yer.Sampaikan Sofa pun beli yang baru yer.Memang menang rumah korang tahun ni.
Sambil-sambil persiapan itu ini,penjagaan wajah dan badan jangan dilupakan.Iyaa,memang boleh mekap wajah tu kan? Tapi nak mekap cantik,taknak mekap bercapuk kena lah rawat terlebih dahulu kulit wajah korang itu.
Baca artikel : Kenapa Mekap Saya Bercapuk
Sebolehnya,jagalah kulit wajah korang.Nak beli segala produk yang berada di pasaran,korang kena lah kenali terlebih dahulu jenis kulit wajah korang tu.Dari jenis berminyak,kulit kering,kulit kombinasi atau berkulit normal.Kerana jika silap memilih produk penjagaan wajah.Maka,timbul lah segala jerawat atau alahan kulit nanti.Haa..,menangislah korang nanti pagi raya.Dari nak cantik,tup-tup timbul pula jerawat batu besar gedabak pada muka ha..
Baca artikel : Cara Kenali Jenis Kulit Wajah
Lebih kurang 2 minggu lagi untuk cantikkan diri sebelum Raya
Okay,huhhh.Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan nafas yang di tarik tu yer.Bila Ina tengok kalendar.. Ya allah,baru perasan.14 hari lagi kita nak beraya. Oh maiiii!
Bagi yang kurang berkemampuan macam Ina ni ha,apa kata korang boleh lakukan sendiri di rumah dengan merawat Wajah dengan cara semulajadi macam ni. Korang nak Kulit tegang? Cerah kulit atau pun kulit berseri?
Apakata,cuba lah tips memakai hirisan lemon atau scrub wajah dengan buahan Tomato.
Baca artikel : Nenek persis 20an
Lakukan sendiri di rumah
Apakata,korang jimatkan wang ringgit korang dengan melakukan sendiri dari rumah.Seperti scrub badan sendiri.Ha..mesti korang kata,eleh.Itu pun nak bagitahu.Apa kebenda lah Ina woooi? Walau ia nampak remeh.Tapi ada antara kita,mungkin yang jarang scrub tubuh badan sendiri.
Jadi,korang bolehlah mencuba sendiri.Paling mudah gunakan scrub dengan garam Bukit sahaja.Pun sudah memadai.Dapatlah menghilangkan stress korang sekali tu.
7 Ulasan
muka sha selalu ok dua tiga minggu sebelum raya tapi esok nak raya tiba tiba naik jerawat la biji biji la
BalasPadamwow..cantik la ina raya ni..:)
BalasPadamWahh .... Banyaknya tips!
BalasPadamTerima kasih sharing ina 👍👍
alamak.. rajinnya.. mcm malas je ni. aduh
BalasPadamSal suka gak scrub..tapi muka la..badan tu agak jarang..huhuhu
BalasPadamtq kak ina share tips
BalasPadamhuhrm tak rajin sangat hehe.. pakai konsep redha =P
BalasPadam