Huhh..Ina dan anak-anak..,macam biasa lah.Skill memujuk rayu suami.
Ina: "Abang,nak ikut.Boring lah duduk rumah.Asyik mengadap tv,Sosial media tu semua.Lagipun,esok hari Sabtu.Anak cuti sekolah..
Suami: Siaplah cepat,Kata suami dengan lembut.
Ina : Yayyy! Boleh ikut ea.Anak-anak pun turut ikut menjerit keseronokan.
Ramalan tepat
Nasib baik betul.Ina tak pakai seluar track.Sempat ina sarungkan Cardigan dan memakai shawl yang bergosok.Ehehehe.. Kuat betul naluri ina ni.Boleh dapat agak suami nak ke bandar.
Teluk Cempedak,Kuantan
Pabila suami memasuki bandar Kuantan.Dan memasuki pantai peranginan di Kuantan iaitu Teluk Cempedak.Ina bertanyakan kepada suami.
"Teluk cempedak ni antara destinasi perlancongan popular di Pahang. Sebenarnya, Malaysia ni banyak tempat best untuk bercuti. Melancong dalam negara pun best apa, contohnya di Melaka kan. Banyak tempat best berhampiran dengan hotel yang boleh kita lawat. Macam dikongsi blogger Ibusyurga. "
Ina: "Eh,abang tadi kata nak jumpa pelanggan hantar barangan.Ni kita di McDonalds pula".
Suami: Yup.. tekak nak makan makanan McD.(sambil memasuki drive thru dan menanti giliran.Panjang pula malam ni drive thru di McD)
Drive Thru McD
Sebenarnya,perut Ina dah kenyang.Makan nasi sewaktu berbuka tadi.Tapi,layankan aje si suami.
Anak-anak? Mereka ni semua.Lagi happy tau.Kenyang ke tak kenyang.Mereka memang suka pergi McD ni.Terutamanya menu fries tu..
Malam tu,Suami hanya memesan makanan Double cheese Burger jika tak silap.Dengan berharga RM 15.09.Kami sekeluarga dapat menikmati menu tersebut iaitu.1 burger double cheese,Fries dan Air Fresh Orange (tukar dari set asal).Suami memilih Set Besar Double Cheese Burger.
Mengelilingi Bandar Kuantan
Antara kawasan yang sering kami kunjungi ialah Taman Kerang,Kuantan.Jika pada bulan biasa.Di sini dijadikan tempat peniaga kecil kecilan berniaga makanan dan juga pakaian.Car Booth sale ini sangat meriah juga.Banyak peniaga melayu yang berniaga disini.Paling ina suka datang Car Booth Sale adalah disebabkan makanan.Tehehehe..
Okay,berbalik kisah tadi.Lebih kurang setengah jam.Kami sekeluarga ronda-ronda bandar Kuantan.Barulah kami pulang ke rumah dengan perut kenyang.Ehehehe..
Hmm..,sorry yer,mesti korang bosan,Ina cerita ni kan?. Entri ini dah jadi mengarut.Banyak pula dah yang di bebel.
2 Ulasan
Quality time with family... X yah pi jauh2 nak melancong. Ronda2 dlm bandar pun cukup dah!
BalasPadambetul tu bam kie
Padam