Bebel Nak Raya : Nak Kulit Cantik Tapi Kedekut

Memang cepat betul masa berlalu. Sudah 21 hari berpuasa, macam mana korang persiapan Raya bagi kaum wanita? Mesti banyak nak kena beli itu ini.Termasuklah nak kena rawat juga badan dan wajah ni kan?


mekap


Tapi bila bercakap isu ini.Ada juga wanita yang menggunakan konsep Redha.Katanya..,ala.Nak muka berseri,ambil lah wudhu tu.Guna kan lah air wudhuk untuk nampak muka bercahaya.Iya,memang betul.Tak dinafikan ada betulnya.

Dan,ada juga yang berkata.Ala,saya pun cuci juga muka.Tetapi cuci dengan air paip sahaja.Itu pun cuci jugak tau.Hilang juga muka berminyak dan kekotoran pada wajah ni.Ermm..janganlah kedekut sangat.Untuk diri sendiri kot.Nanti liang roma membesar macam mana? Haaaa..,tak takut ke?


Beringat sebelum terjadi

Tetapi,mungkin korang tak pernah lagi berlaku sesuatu yang tak diingini pada wajah mahupun badan.Badan dan kulit wajah pun nak lah juga dibelai manja.Orang kata..baik beringat sebelum terkena.Tehehehe..


Macam ina dulu kan,masa muda-muda.Ehhh,,tua ker Ina? Ermm...,baru 31 jer okay.Hahahaha.Tak maksud Ina kat sini,sewaktu Ina berumur sekitar awal 20-an.Ina memang langsung tak jaga kulit wajah tau.Langsung! Walaupun masa dan ketika itu,Ina bekerja..(bukan kerja gaji mahal pun..ehehe.Tapi adalah juga income tetap).Duit banyak berhabis membeli pakaian,contact lens dan Lipstick serta foundation.Sedih kan? Tapi nasib baiklah,deodoran ada pakai.Tehehehehe.. 


Baca artikel : Mencabut Bulu Ketiak Dengan Cara Semulajadi


Tiada ilmu tentang penjagaan wajah


Keluar pergi kerja pun tak guna langsung sunblock.Tapi dalam hati,nak muka cantik dan putih.Konon jerlah,niat tu rasanya mungkin ada segelintir wanita kat luar sana sama macam Ina ni.Pencuci muka pun tak guna tau,masa tu.Ohh,betapa kesiannya Ina waktu itu.Internet pun Ina tak layan sangat waktu itu.Huhuhuhu..sedih gila.Itu kot yang Ina tak tahu menahu tentang produk kecantikan ni.Heee.


Dan akibat Ina tak menjaga kulit.Maka timbul lah..kesan tompokan hitam di wajah.Dengan kulit kering dan berminyak di sebahagian kulit wajah.Lagi bertambah stress wooo.Tanda hitam tu,asalnya kesilapan memakai produk timbang kilo.Habis berparut,pakai dari zaman persekolahan asalnya.Huhuhuhu..pengaruh kakak Ina lah ni.Lastnya,sudah bertompok parut hitam.Lagi bertambah stress,kesan tompokan itu adalah jeragat.Ada 3 tompokan dah sekarang ni di muka.Huhuhuhu... 



Usia matang



Rasanya dah matang ni.Barulah Ina menjaga kesihatan kulit wajah dan kesihatan badan.Huhuhu.. gambar diatas tu,sebahagian produk yang ina beli untuk penjagaan wajah tau.Nak lagi,musim nak raya.Ohhh,lagi lah banyak nak renovate kulit wajah ni tau.Ekekekeke.. 

Lagi besar perbelanjaan kos renovate tersebut.Hihihi.. Mujurlah guna hasil duit sendiri ni.Jika tak,membebel lah suami.Ada juga dapat barang sponsor pun,alhamdulillah.Syukur.. dapatlah ringankan bebanan nak renovate muka tuh.


Dari muka dan gigi pun nak putih juga tau.Hahahaha..Melampau tak Ina ni? Tapi Ina pasrah,kulit mamak,memang tak putih.Dapat hilang jeragat pun dah kira Okay ni.Aduiii..,mesti korang kata Ina ni macam-macam kan? Taksub sangat.Tapi itulah,belajar dari pengalaman kan? Tak salahnya. Lagipun nak RAYA ni woii..Siapa taknak cantik.Ohhhh,no..no.. no.. tak mahu lagi pakai konsep redha lagi.Tak mahu camtu.Nanti mendapatlah.Jangan terlalu berkira sangat tau untuk diri sendiri.Sayangi diri terlebih dahulu sebelum menyayangi diri orang lain tau.Ingat pesan Ina ni tau.Okay? Bye... malas lah nak membebel,korang bukan nak baca pun. Huuuuuuhhh.





Catat Ulasan

0 Ulasan