CARRIE JUNIOR : ODOUR BUSTER Alami Rambut Berbau Harum Dan Segar Sepanjang Hari


SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER
~ ALAMI RAMBUT HARUM DAN SEGAR SEPANJANG HARI!


Pernah tak ibu-ibu mengalami bau yang kuat dari kulit kepala dan rambut yang berpeluh selepas anak korang bermain di luar atau pulang dari sekolah? Baunya menjadi lebih teruk apabila kulit kepala anak anda berminyak dan berpeluh. Satu-satunya cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak anda mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar.

Gunakan Syampu bersesuaian untuk Kanak-kanak



Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan.


mandi dengan carrie junior syampu badan yang mampu milik
CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER



SYAMPU CARRIE JUNIOR BOLEH DIGUNAKAN SETIAP HARI 



Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala.



Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.




body wash kids, odour body wash , body wash kanak-kanak mampu milik
Furqan bersyampu dengan Carrie Junior Odour Buster


seperti anak-anak ina,memang mereka suka bersyampu,kalau boleh setiap kali mandi,memang asyik nak syampu aje.Hihihihi... tetapi ina hadkan.Cuma sekali sehari sahaja bersyampu.Lagipun,kulit kepala anak-anak ina cepat berpeluh dan mengeluarkan bau yang tidak enak.Masam akibat berpeluh.. 


CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. 



HARGA SYAMPU CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER



CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah & Sarawak. Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara.

Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari!
*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan cukai yang akan diumumkan oleh Kerajaan



Tentang CARRIE JUNIOR



CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyuburkan, melembapkan dan melindungi rambut dan kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berbau segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Diiktiraf HALAL, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga hadir bersama bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. suka dengan bau Carrie Junior ni sebab wangi & bertahan lama :D

    BalasPadam
  2. Wangi.. suka bau baby yang guna sabun ni.. eh.. semua sabun baby suka juga lah.

    BalasPadam