Open House Pakatan Harapan

Syawal ke 10,kami pergi ke Open House Pakatan Harapan di Balok,Kuantan | 
Sebenarnya,dari semalam lagi Mr.Z tu sudah pesan.Katanya,esok ingin makan-makan di Open House Pakatan Harapan.Ina pun,okay jer kata kepada Mr.Z.Dalam fikiran,mungkin akan buat di Beserah.Iaitu jarak lokasi yang tak jauh mana.Rupanya..,mak aih. Kena merentasi beberapa kampung juga.Hhihihihi.






Biasalah kalau perempuan,bersiap memang lama.Eheheeh.. Tapi bagi yang mempunyai anak-anak kecil.Kami ni,siapkan anak-anak terlebih dahulu.Kemudian,barulah mama pula yang bersiap. Sudahnya.., Mr.Z tunggu dalam kereta hampir satu jam.Ehehehe. 





Tiba di Lokasi Open House PAKATAN HARAPAN



11.30 pagi barulah kami sekeluarga sampai ke lokasi Open House tersebut.Dalam fikiran Ina ni,mungkin orang tak ramai lagi ni..( seperti kenduri kahwin,selagi belum jam 12 tengahari orang memang tak ramai..) Tetapi sangkaan ina meleset. 


Kanopi telah di penuhi dengan tetamu yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.Ehehehe..Penuh dan padat,..sehinggakan tiada tempat untuk kami duduk.Huhuhu..Nak ambil nasi pun beratur.Kena tunggu giliran pula.. heeh.









Eh,ni budak mana? Siap galas beg lagi tuh. Huhuu.. Janji korang bahagia yer Nak,dengan beg galas bewarna pink yang di hadiahkan oleh ibu (mak saudara    mereka ) semalam.



Tiada ReZeki Duit Raya 



Semasa kami sedang menjamu selera.Pengumuman telah di buat,bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil supaya beratur untuk penyampaian sumbagan duit raya.


Kami laki bini,memang tak sempat nak beratur masa tu.Huhuhu.. sebab utama,meja pun sudah ada yang menunggu.Kalaulah kami bangun dan beratur untuk duit raya,memang goodbye lah meja makan kami tu.Takpelah,takde rezeki anak-anak. Setiap sampul raya,berisi duit RM 5 untuk setiap orang diberikan... (macam mana ina boleh tau? sebab ternampak budak-budak,keluarkan note bewarna hijau dari sampul raya tu..ehehe).


Selepas perut kenyang,terus kami melangkah kaki untuk ke destinasi seterusnya.Adeii~~ nampak gayanya,perut minta lagi ni makanan.Okay,kami jalan-jalan pusingsekitar bandar Kuantan pula.Sudah menjadi tabiat kami sekeluarga ni,kalau korang nak tau.



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. pakatan harapan di kelate x buat pun rumah terbuka.

    BalasPadam