Ninja Van Kuantan Buat Hal

Aduhh! Seksanya penantian.Bila agaknya ni barang nak sampai ke rumah ina ni.Ermmm..sedih dan kecewa dengan Servis kurier Ninja Van di Kuantan.






Selepas ina menerima satu mesej.Dengan pantas.., ina pergi ke laman sesawang mereka www.ninjavan.com dan menghantar emel untuk pertanyaan lebih jelas mengenai Status semasa berkenaan parcel ina.


Dan .. kemudian,barulah menerima 1 emel dari ninja van ini,yang mengatakan parcel ina sudah pun keluar untuk penghantaran.Tetapi..,malangnya sampai ke hari ini..,6 Julai 2018 masih tidak menerima lagi parcel tersebut.




Alamat Surat Menyurat



Rumah ina ni bukanlah dalam pedalaman.Jika diikutkan jalan utama..,perumahan lagi tu.Memang sedih sangat lah kurier Ninja Van ni.

Telefon pun tidak,kurier ni.Kebiasaannya,jika ada sebarang parcel yang nak sampai memang kurier tersebut akan call terlebih dahulu ina.Bagi pengesahan alamat.

Maklumlah,alamat rumah ina ni.. tiada lorong perumahan.Hanya menggunakan nombor rumah serta nama jalan sahaja.




Ninja Van 





Sekarang ni,Ina sendiri pun tak tahu mana nak telefon.Nombor pun tiada dalam website.Arghhhh!! Stress sangat ni weiiii.


Bukanlah apa.. Ina risau ajer,Ninja van ni dah jadi macam scammer pula.Salah satu sebabnya ialah.. susah di hubungi cawangan di Kuantan ni.


Lagi satu .. macam-macam sudah fikirkan dalam kepala nihh. Fikir barang rosak lah.Bukan murah-murah barang.Kalau pecah? macam mana? 

Sehingga saat ini pun,ina masih menunggu dengan penuh kesabaran di rumah.Nak bergerak mana-mana pun.. payah.Di sebabkan parcel dari Kurier Ninja Van ni lahh. 



Ina pun..nak cerewet jugaklah semasa penerimaan barang nanti,nak check samada ada pecah ke tidak atau kemek ataupun tak.Dah Kurier tersebut perleceh Parcel ina kan??

Lepasni memang serik sangat nak membeli dari Lazada yang menggunakan servis dari Kurier Ninja Van.


Okay..lepasni Ina akan update dari semasa ke semasa barang apakah yang ina beli itu yer.Ehehehe.Tak sabar tau..,nak gunakan barang tu.


Petang semalam..dapat lagi emel dari kurier ninja van.Untuk survey servis kurier mereka.Aduhhh! Parcel dah lah,tak sampai lagi.Ini kan tanya pula service mereka.Nak jer reply emel bad service.Tapi nak kena tunggu dulu lah,kot ada perubahan baik ke kan..
 
 
Update : Aku lupa nak update kes ni, selepas aku naikkan status ni dulu. Baru sampai parcel aku tu. Mujur sampai, tapi jangan lah buat macam ni. Tak keruan pengguna kurier Ninja Van tau!  

Update terkini 2023 ; nampaknya setelah menerima kecaman netizen, hari demi hari Ninja van telah upgrade servis mereka. Kalo ini, setiap kali membeli barang Online, dah sampai tepat pada waktunya. Yang mana, hanya 2 hari sahaja menunggu terus sampai. Hanya di Kuantan lah.




Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Ina, kinah pernah kena dengan ninja van ni. Ada dapat mesej kan? Ada tak ina click link dia bagi? Kalau yer ina kena check balik drop point dia. Dia tak hantar kat rumah. Kita ambik sendiri kat tempat tu. Sebenarnya dalam mesej tu dia bagi pilihan sama ada kita nk normal delivery atau ambik sendiri. Cuba baca balik mesej dia bagi tu

    BalasPadam
  2. oh ye cuba baca balik gambar website yang ina lampirkan tu.. Dia mintak ina collect near shahputra college

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia hantar ke rumah dah.Tetapi agak lambat.Hampir malam..

      Padam
  3. ini first time tahu pasal perkhidmatan Ninja ni. selalu kalo Skynet ke CTLInk memang depa akan call dulu before delivery..

    BalasPadam
  4. Ninja van ni mmg lambat segi penghantaran. Last haritu sy beli barang di Lazada. Makan masa seminggu nak sampai.

    BalasPadam
  5. Samalah.tapi saya guna kurier lain..tak sampai lagi barang

    BalasPadam
  6. Kat sini ninja van tak pernah masuk

    BalasPadam