Pengalaman Bermasalah Dengan Lazada

Minggu  lepas, ina diumumkan sebagai pemenang Contest Lazada Revolution . Alhamdulillah, rezeki sempena birthday ina yang ke 30 tahun pada November. Syukur sangat.Ini buat pertama kali ina menyertai pernyertaan sebagai Blogger dalam penulisan digital.


Selepas diumumkan sebagai pemenang.Pihak Lazada menghantar satu emel  yang meminta supaya ina membalas kembali emel tersebut bagi mendapatkan kod voucher seperti yang dijanjikan. Okay.. masa ini..sedikit tergamam. Sebabnya emel yang dihantar pihak lazada seperti tak lengkap.Jadi, ina hantar balas emel je terus.Sebab nampak lazada minta  alamat serta nama.






Kod yang dijanjikan tidak dapat.Masa ini 20 Disember,ina okay aje.Sebab ina fikirkan, kemungkinan pihak lazada hantar gift terus ke rumah dengan nilai yang dijanjikan tersebut.Tapi hati ini,seolah olah rasakan sesuatu yang  buruk.. Terus ina hubungi rakan bloggers yang mana mereka juga adalah salah seorang pemenang contest  tersebut.Sangkaan ina memang tepat sekali! Memang benar..,rakan bloggers lain sudah berjaya menebus voucer tersebut. 


Setiap emel yang ina hantar,tiada sebarang balasan dari pihak lazada.Adalah dalam 4 ke 5 emel berjaya di utuskan.Namun tiada respon sehingga ke tarikh 28 disember (pagi).Sedih kan?? Sudahlah tarikh Sah Voucer tersebut sehingga 31 Disember 2017.Macam orang gila je ina ni tau.Stress sangat masa ni.Macam mana lah nak selesaikan isu ini.Stress sebab..ina nak Hak ina sebagai pemenang contest lazada


Semua page page lazada di facebook semua ina message.Bertanyakan akan hal ini.Dan satu page itu meminta ina segera Chat Live di Lazada Malaysia.Alhamdulillah.. setelah ina Chat Live dengan lazada.Pihak mereka, memberikan ina nombor telefon HR iaitu bahagian Human Resource  bagi menyelesaikan masalah ini. Nombor yang ina hubungi ialah 0386011888. Alhamdulillah,lega sangat apabila panggilan ina disambut baik oleh HR tersebut.HR meminta nama penuh beserta nombor telefon untuk dihubungi.Selesai ina memberikan maklumat ina,dan menamatkan panggilan.Bunyi notifikasi telefon ..menandakan bahawa emel telah masuk ke telefon bimbit ina.Alhamdulillah..lega sangat ni. Sekarang ina sudah berjaya menebus voucer tersebut dengan selamat.


Bagi korang yang mempunyai masalah dengan lazada,boleh lah hubungi nombor tersebut 

Catat Ulasan

3 Ulasan