Pressure Cooker Noxxa Vs Birkeshire

Alhamdulillah..,syukur sangat.Akhirnya dapat juga memiliki pressure cooker.Kini memasak dengan lebih mudah serta menjimatkan masa ina.


Salah satu punca ina membeli juga disebabkan oleh keinginan nak makan ikan sardin sebenarnya.Eheheheh.Itu sahaja.. dan,setelah ina survey pelbagai brand serta harga pressure cooker yang ada di pasaran,akhirnya.Ina memilih brand Birkeshire iaitu satu jenama dari luarnegara.



Ukur Baju di Badan Sendiri



Sebelum membeli pressure cooker Birkeshire ni.Ina sudah survey harga jenama Noxxa.Iya..,kata penjual tersebut harga Noxxa seunit RM 800 jika bukan jadi ahli.Boleh di bayar ansuran juga sebanyak 8 kali bayaran.Cukuplah pengalaman ina jadi ahli itu ini..huuuuh.

Huuuuhhhh~ Ina bila dengar sahaja bayaran ansuran.Ina memang takut.. sebab utama ialah ina tiada pendapatan tetap.Tehehehe.Dan barangan mungkin akan dapat selepas bayaran habis.Tetapi ina nak guna urgent.Tehehehe.., jadinya.Ina batalkan hasrat untuk memiliki Pressure Cooker brand Noxxa.







Banding Harga



Ina sangat sukakan membeli belah secara atas talian.Ehehehe. Lebih puas! Duit pun boleh dapat pulangan nanti dengan cashback.

Dulu takde internet,memang agak payah.Sekarang..saemuanya di hujung jari.Jadi ina survey barangan di Lazada bagi membeli barangan elektrik.Sebelum ni,ina pun sudah pernah beli Breadmaker TESCO dari Lazada juga.Ehehehe.. Barangan sampai dengan selamat.


Jika dibandingkan harga brand Noxxa dengan Birkeshire.Sudah tentunya Birkeshire lebih jimat.Dengan harga selepas Offer ialah RM 165 (RM 599 sebelum Offer). Tetapi ada sedikit perbezaan ialah,pressure Cooker brand Birkeshire mempunyai kapasiti sebanyak 4 Liter sahaja berbandng Pressure Cooker brand Noxxa iaitu 6 Liter.


 SIRIM sudah tentulah ada walau produk yang dijual ini melalui atas talian


Yang sama adalah dari segi fungsinya.Brand Birkeshire ini mempunyai 25 jenis mod persediaan jenis memasak.Apa korang nak masak? Bubur nasi,sup,ayam,daging,ikan,sayuran,nasi,preheat lauk pauk,masak kek,steam dan dessert.Best kan? Tu sebablah ina memilih jenama Birkeshire ni.Ehehehe.







Pengalaman menggunakan Pressure Cooker Birkeshire 


Selepas 3 hari order Pressure Cooker di Lazada.Akhirnya sampai juga.Dan terus ina test..,didihkan air  kedalam pressure cooker tersebut bagi menghilangkan bau gadget tersebut yang masih baru itu.


Keesokan harinya,ina cuba memasak pulut.Dalam hati,memang tak sabar sangat nak makan serawa durian.Jadi,ina cuba memasak pulut sebanyak 2 pot beras.Ehehehe.Alhamdulillah..memang mudah kerja ina sekarang ni tau.


Kalau dahulu,orang kata.Nak masak pulut,kena semalaman rendam beras pulut tu kan? Tetapi ini tak perlu lagi.20 minit jer ( ina memilih mood Steam),terus masak pulut ina.Ehehehe.Tapi terlembik pula dahh.Hahahaah..tu lah kan.. gelojoh betul ina ni.Eheheeh.Walaupun pulut terlembik sedikit,dapatlah makan 5 pinggan serawa durian tu.Hilang mengidam serawa durian tau..hahahaha..



Masak ayam guna pressure cooker




Lepastu..,ina buat ayam steam.Memang sedap pula.Lembut jer ayam tu tau.Macam makan ayam chicken rice shop pula.Tehehehe.. Silap-silap,guna pressure cooker masak ayam jadi ayam sardin pula yerrrk.Sebab dah hampir nak jadi macam Ikan sardin pula..,tulang ayam pun..,lembut jerr ni.



Baiklah,ina tak mahu ulas panjang lebar lagi mengenai perbandingan harga dan kedua brand pressure Cooker ini.Yang penting,ukur ketebalan poket masing-masing.Jangan sampai rasa terbeban. Yeahh! tak sabar..raya korban ni bolehlah gunakan Pressure Cooker ni untuk memasak sup tulang gearbox..Slurppp!



Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. ina..mana ayam yg dah masak:hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohhh..yang tu.Dah masuk dalam perut.Selalu tak sempat nak snap..ehehe

      Padam
  2. ehhh murahnya, 4liter kira okay lah tu!

    BalasPadam