3 Hari Kembung Perut..Akhirnya selesai

3 hari perut sakit |


Kisahnya bermula minggu lepas .Allah uji sedikit dengan ujian kesihatan.Allah tarik sedikit nikmat sihat.Sakit sangat-sangat.


Cuaca 


Jika tak silap ina,minggu lepas juga cuaca mendung dan ada kala  hujan sepanjang minggu tersebut.Maka,dengan itu.Ina bancuh lah kopi setiap petang.Konon..sedaplah sikit..minum petang kopi cicah biskut (bajet dalam pantang..kikiki).Hari berikutnya..perut terasa tidak selesa.

Kemudian,hari berikutnya.Perut mula meragam.Sakit...kembung perut.Bila masuk sahaja makanan,terus sakit.Aduhhh...serba tak kena ina dibuatnya.Patutlah,baby jika perut kembung asyik menangis.Rupanya..,begini lah sakitnya.Angin tak keluar langsung.


Kesakitan dialami



Rupanya,macam ni lah jika berlaku kepada baby.Perut bunyi,berangin.Angin tak keluar..seolah tersangkut.Emm,Mr.Z pula asyik duk melawak..,katanya angin pasang.Hahahahha..kelakar tak kena tempat betul lahh.Nasib lah ina takde mood nak marah-marah.Ehehehe.


Tetapi..,nasib baiklah perut tak sakit waktu malam.Sakit siang hari sahaja.Huuuuhhh~


Cuba urut



Alhamdulillah,anak-anak yang banyak menolong.Tolong urutkan supaya angin keluar.Tetapi malangnya,angin tak keluar.Langsung tak kentut dan sendawa sepanjang 3 hari sakit perut tu.Korang dapat tak bayangkan macam mana? 


Period dan Kembung Perut


Ohh ya,kembung perut ina ni kan bercampur sekali dengan period.Jadinya...,pada awal ina biarkan sahaja.Iyalah,kemungkinan senggugut.Itu yang ina biarkan sahaja.Ehehehe..

Tetapi,selepas period habis pun.Masih kembung perut.Hukhukhuk... nak meraung tau ina ni.Tiap hari menangis sakit perut.Nak buat segala kerja rumah pun dah tak larat.Takde mood..asyik nak berlingkar (tidur
) jer atas katil 




Ada juga cuba petua tradisional ni.Minum air halia yang telah dilumatkan.Tetapi angin degil ni.Langsung tak bertindakbalas dengan meminum air halia tersebut.Adeiiii~ Ina? mampu menangis serta berdoa sahaja dalam hati.



Terdetik...



Entahlah..nak cakap macam mana.Secara tiba-tiba ina terus ke dapur selepas berdoa serta menangis dalam hati tu tadi (konon nak minum air suam) .Mungkin Allah gerakkan hati ina untuk ke dapur kot. Dan waktu itu juga lah,Ina terdetik nak mencuba sampel yang diberi client pada akhir bulan lepas.



Teh untuk buang angin serta melegakan kembung perut







Sampel minuman dari Joymix iaitu CAROMA  Bentong Ginger Tea.Pada mulanya,minum teh ini rasa macam pelik lah.Sebab rasa dia pedas. Pelik kan? Teh rasa pedas..tetapi ina hirup sebanyak 2 kali minum.Selepas minum,seolah perut sedikit selesa.Kemudian muka ina berpeluh.Dan beberapa minit kemudian,'Burpppp' sebanyak 2 ke 3 kali juga disertai kentut..,hahaahaha.. Lega sedikit.Alhamdulillah~ 

Petang tu suami balik kerja.Terus ina ceritakan pengalaman kepada suami.Bahawa perut sudah selesa dan angin sudah keluar habis.Suami? Reaksi dia,terus tanya mana teh tu.Sebab dia pun nak mencuba.Suami lagi lah banyak angin dalam badan.Nampaknya..,memang kena buat stok ni Bentong Ginger Tea ni walau macam mana pun.Boleh bawa kemana-mana .. nak travel,perut kembung,ini lah penyelamat.


Kalau korang nak tau,produk dari Joymix ni sangat berkesan.Produk lain yang suami pernah cuba ialah Susu Soya yang mampu turun kolesterol dengan selamat! Boleh baca di sini :http://www.ehbelogaku.com/2018/07/vitas-organic-soymilk-powder-sedap-bantu-turun-kolesterol.html



Korang sila lah ke laman website https://www.joypremix.com/

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. lepas ni kena beli dan buat stok la. sha selalu jugak perut masuk angin

    BalasPadam