Aktiviti Bersama Keluarga di Kubang Gajah Waterpark ,Temerloh

waterpark-temerloh


Perancangan last minit.Eeheheh.. Sorry Mr.Z,sebab melayan karenah anak bini.Terlepas Job hari semalam.Tapi takpelah,di doakan semoga rezeki awak lagi murah lagi lepas ni selepas melayan karenah kami.Ehehehe..


Cadangan last minit ni,sebenarnya nak pergi menaiki 3 buah kereta jam 7 pagi (bersama kakak yang di Johor pun turut ada).Tapi apakan daya,Mr.Z pula lambat bagitau bahawa dia kena pergi ambil barang kerja di beberapa tempat dan hantar ke lokasi tempat yang nak pasang cctv tu.HUhuhuhu.. macam nak cancel jer sebenarnya tau.Penat tau..,patah balik ke rumah.Selepas tu,pergi lagi ke arah bandar 2 kali pusing.Ikutkan memang kami tak melalui jalan bandar tu.Tetapi disebabkan silap faham antara kawan Mr.Z tu.Ligat tayar kancil kami berpusing sebelum bertolak ke Waterpark Kubang Gajah,Temerloh.Phewwwwww~~~



Bertolak lewat



Ina whatsapp ke kakak,minta dia pergi dahulu dengan abah.Maknanya,menaiki 2 buah kereta lah pagi itu.Perjalanan kami,hanya bertolak jam 10.30 pagi setelah selesai segala kerja MR.Z tu.

Kami bertolak dengan menaiki kereta Kancil sahaja.Yang mana mampu memuatkan kami 5 ahli sahaja.Errmm...,time macam ni lah.2 kereta tak boleh di gunakan.Gunalah kereta kancil.Sebenarnya,memang agak lama kereta kancil ni tak di gunakan untuk berjalan jauh.Huhuhuhu.. Selepas enjin bertukar automatik.Hanya guna di dalam bandar Kuantan sahaja.Lama juga lah,panaskan enjin.Huhuhuhu.. Situ dah rugi masa tau.



keluarga bahagia


Mak abah langsung tak mandi di Waterpark Kubang Gajah ni.Kata mereka,seronok tengok cucu-cucu dan orang ramai mandi.Mereka biarlah tak mandi.Jelas terpancar kegembiraan di wajah mak abah di ketika ini.



ayah luangkan masa bersama anak



Suka Furqan..,abah dia duk melayan karenah dia ni.Mama? Mama jadi photographer kejap jer.Duk snap gambar anak-anak bermain di Waterpark ni haa.. Kemain seronok lagi tau.Furqan dah menggigil,tapi still mahu main lagi air.Huuuuhhh! Keadaan  di sana.Cuaca memang agak panas,bila dapat berendam ni kan.Huihhhh~ lega sangat ni. Soffea dan Sara dah di bawa lari oleh IBU (kakak).Kemain suka sangat mereka ni dengan layanan yang diberikan oleh IBU.Mama dan abah,mereka dah tak ingat dahhh. 


Ohh,sebelum terlupa.Harga tiket di Waterpark Kubang Gajah,Temerloh bagi kami 5 beranak adalah RM 36.00. Murah dah tu.Ehehehe.. dah alang-alang kami melawat kubur arwah aki kami di Temerloh.Terus berendam di Waterpark Kubang Gajah,Temerloh ni.

Catat Ulasan

3 Ulasan