Pemakanan dan Doa Bagi Memiliki Anak Lelaki

Nak Zuriat? Ikut Tips  ini


Ternampak ramai sangat friend di Group Ibu Hamil yang inginkan zuriat atau yang ingin tambah zuriat.Ehehehe.Entri kali ini seolah terpanggil untuk menulis dan berkongsi apa yang ina amalkan terdahulu sebelum ingin memiliki zuriat yang diingini.


Tips bagi mereka yang inginkan ZURIAT



PEMAKANAN


Okaylah..bab ni ina tak tau sangat.Tetapi Ina selalu nasihatkan Mr.Z makan makanan yang kaya dengan zink.Kalau korang nak tau,Zink ni sangat bagus untuk kualiti sperma tau.Ahakss! Lebih-lebih lagi nak anak lelaki,perlukan sperma yang aktif.Ermm,jika sperma slow...,boleh jadi dapat anak perempuan. Ini berdasarkan kajian ina sendiri lah.Ahakssssss~~ saja-saja je ni teori sendiri (2 anak dah perempuan sebelum ni)


Zink 


Boleh di dapati dari sumber makanan laut seperti kerang,udang,sotong dan lain-lain jenis seafood.

Memamng kena perbanyakkan makanan dari sumber zink ini sebelum berlaku proses kehamilan.Kalau dah tau hamil baru nak makan,,emmm..kemungkinan 20% kot yang menjadi.Selebihnya kuasa allah.



Supplemen



Amalkan vitamin E dan Omega Guard untuk kesihatan sperma (lupa pulakk,dulu ada baca kebaikan 2 vitamin ni dalam proses kesuburan) emm,kalau wanita yang makan boleh matangkan telur.



DOA 



Sepanjang sebelum kehamilan terjadi.Dengar yea.. SEBELUM KEHAMILAN.


SEBELUM KEHAMILAN TERJADI


Apa yang ina lakukan ialah perbanyakkan solat-solat sunat tengah malam dan Dhuha.Juga mengaji memang Ina takkan tinggal.Selepas setiap kali solat,memang akan membaca al-quran (1 mukasurat sahaja). Ina Fokus kepada Surah YUSUF dan Surah Lukman.Baca berulang.. (semasa mengandung sambung baca pula : Surah Maryam,YUSUFF,AL-IMRAN serta Yassin)

Doa memang tak putus,Ina doa sungguh-sungguh dengan spesifik.Apa yang ina nak.Insyallah..,dapat.Allah tunaikan juga hasrat untuk memiliki baby lelaki ni.


Alhamdulillah..,sekarang Muhammad Arif Furqan sudah hampir memasuki 2 tahun.Rasa ingin menambah tu macam ada.Hihihih... Terfikir macam nak anak kembar pula.Ehehehee... Tetapi bila terfikirkan masalah ina yang semasa mengandung..Terpaksa lupakan buat sementara waktu.Errr,,usia dah 31 tahun ni..


Sejarah baby ina semuanya kecil..anak pertama bersalin 35 minggu (2.0kg),anak kedua 36 minggu (2.1kg),anak ke tiga seberat (2.6kg). Yang paling sakit nak bersalin ialah anak nombor 3..ketuban darah.Huisshhh

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. wahhh bermanfaat ni. saya belum berkahwin tapi merancang nak anak lelaki untuk anak pertama.

    BalasPadam
  2. kita umur 33tahun belum ada rezeki.. xde merancang pun Allah belum bagi rezeki lagi.. terima kasih tips ni ina...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin.Insyallah.. akan ada satu hari nanti. Orang TTC tak boleh stress.

      Padam