Renjatan Elektrik

Selepas Zohor tadi,baru plan nak menulis blog di Skrin besar (ala,masih belum mampu lagi nak membeli laptop,jadinya guna skrin tv dan Cpu).Tup tup, zapp..Zapp. Hadoii...


Zapp zapp tu.. bunyi eletrik yang secara tiba-tiba terkena tangan ina ni haaa..Ermm,bukan setakat sekali.Tapi ni,dah banyak sangat.Untuk hari ni sahaja.Usik CPU kena letrik,usik wayar hdmi pun sama kena.Hurmm...arghhh! Stress weeii. Macam mana lah,nak submit kerja ni.


Terkena Renjatan Elektrik


Pada usia 10 tahun,jika tak silap.Waktu itu,Ina ingin baru sahaja meletak periuk nasi dan memasang suis periuk nasi elektrik.Dan menekan suis.. Tiba-tiba terasa tangan seolah kebas sangat-sangat.

Dan,apa yang ina ingat.Sewaktu kejadian,mak ina memukul ina dengan senduk kayu.Alhamdulillah.. renjatan elektrik itu dapat dihentikan.Syukur sangat - sangat.Nyawa masih panjang tika itu.Menangis menangis ina waktu tau..sambil peluk mak.Mak pun begitu.Katanya lagi,mak nampak ina dah keras di plug tu.Erkkkk..

Ya allah.. takut betul ina masa tu.

Dan,selepas kejadian tersebut.Tangan atau mana mana anggota tubuh badan ina sangat sensitif dengan elektrik.Jika nak betulkan barangan elektrik pun,ina akan alas dengan kain.Hurrmm...,entahlah.Bukanlah fobia..tetapi terasa seolah arus eletrik tu masih ada dalam badan.Contohnya,jika ina nak betulkan antena tv,mesti tangan ina sakit terkena elektrik.Huuummm. Sakit tau..

Korang ada macam ina juga ke??

Catat Ulasan

2 Ulasan