Azam di Tahun Baru 1440H

Assalamualaikum..selamat menyambut Maal Hijrah 1440H.Dah berapa hari sunyi jer kawasan perumahan Ina ni tau.Maklumlah cuti lama,4 hari.Huhuhu..Majoriti kejiranan di sini semuanya balik kampung dan ada yang pergi bercuti.



Azam Baru 1440H


Tak pernah-pernah Ina sebegini rajin workout tau.Hari ni sudah memasuki hari ke 4.Cabaran yang ina lakukan sendiri tanpa paksaan atau dari mana-mana pihak.Demi kesihatan.Alhamdulillah..,bukanlah ina mempunyai masalah kesihatan yang mendorong untuk terus workout ni sebenarnya.

Ina suka mengikut kata hati Ina sendiri.Setiap apa yang ina lakukan.Sehinggakan Suami sendiri terkejut tengok perubahan positif ina ni kuat workout.Mungkin allah sudah membuka pintu hati supaya mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.Di usia 31 tahun ni.. Hmmm,lepas ni nak kena tukar pola pemakanan pula lah yea..



Usah Beralasan


Kehidupan ina terdahulu memang sedih lah juga.Bukanlah apa..sedih sebab Ina ni suka memberi alasan.Ambil contoh lah kan.. Bila tengok kawan-kawan berzumba.Dalam hati terdetik..,'Wah bestnya dapat berzumba bersama kawan-kawan' Apa yang sedih,tindakan tiada pada diri ina ni ha.. Pelbagai alasan,iyalah..,dengan anak yang masih kecil.Agak payahlah nak beraktiviti luar ni.Teringin nak hiking lahh..em.Itu semua angan-angan sahaja.Takkan nak tinggalkan anak-anak dengan mak kot.Huuuhhh! Itu Ina paling tak suka menyusahkan orang tua ina.Lagipun anak-anak semuanya aktif..



Workout


workout





Dari bulan lepas,badan ina ni lemau jer rasa.Seolah nak makan tidur sahaja.Hoiii,jika dibiarkan semakin lama.Habislah badan ni membesar dan membulat dengan jayanya.Huhuhuh.Perut pun semakin ke depan..erkk! Kang makcik bawang kata pregnant lah pula yea.


Hari ke-4 workout.Ina bukanlah workout di gym pun.Ina workout di rumah sahaja.Yang paling best,anak-anak pun ikut sekali workout ni.Ina akan habiskan 10 minit untuk keluarkan peluh.Seronok sangat! 



Kini Lebih SIHAT


Faedah yang ina dapat sekarang ni.Badan tak lagi sakit apabila salah duduk sekalipun.Rasa lebih sihat sekarang ni.Jika dahulu,semasa zaman belajar.. di denda Tepuk lalat pun dah tak larat.Cuma mampu tepuk tak sampai kiraan 10,itu pun sudah cramp tau.Kini,kehidupan Ina lebih sihat dan cergas sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam.


Antara workout yang ina selalu amalkan ialah planking untuk perut,breast protocol,squat dan donkey kicks (punggung dan peha).Best sangat bila dapat keluarkan peluh yang banyak terutamanya di muka.Hahahha.. Untuk pengetahuan korang,Ina ni jenis payah berpeluh.Tetapi dengan workout ni..,alhamdulillah.Mampu lakukan 5 set setiap jenis workout yang ina lakukan.Yang penting,jangan paksa diri.Jika tak larat.Stop! Sambung esok pula.


Selama 4 hari ni kan..Ina berjaya workout sebanyak 2 kali sehari.Pantang ada waktu terluang jer,Ina akan buat basic workout tu. Huuuhhh! Dah kata nak macam Kim Kardashian kan..hahahaha.Eh,tak juga sebenarnya.Point penting sekarang ni ina nak dapatkan kesihatan tubuh badan.Postur tubuh badan,last lah.Hihihii.. 


Lepas ini,untuk step seterusnya ina nak tukar pola pemakanan pula.Errr~ susah tu.Tapi takpe,Ina mesti boleh.Nak sihat bukan untuk orang tersayang tau! Tetapi untuk diri sendiri.Bila sihat,rajin workout ni.Barulah berkeyakinan lebih tinggi.Ehehehe..Kan? Setuju tak korang? Emm,nak kena cari makanan untuk tambah tenaga lah.Selepas workout ni..errrr.


(Errrrkk.,sorry untuk gambar workout memang takda lagi.Gambar muka berpeluh ada lah..Kikikiki..)


Moga korang pun ada azam baru yang positif...







             

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Syok buat workout hihihi.. Ekin buat gak

    BalasPadam
    Balasan
    1. kannnn.. bila keluar peluh,basah lencun baju tu puashati sangat

      Padam
  2. comey la badan Kak Ina lepas ni ^^ Salam Maal Hijrah akak ")

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak sihat dulu.Bagi badan ringan..lau tak,berat badan ni haa.asyik nak tido aje.Cantik tuuu..kira belakang mariii

      Padam
  3. tengok ina dah kurus pun. nak workout lagi...kiter yang berisi ni punyalah malas nak workout...hishh..kena buang jauh malas ni...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. bakar kalori je skit.Lagi satu untuk punggung dan perut ni..eheheh

      Padam
  4. Hmmm .. tahun ni takda azam khusus. Masih cuba nak tunaikan azam lama.

    BalasPadam