Face Massage Dengan Soothing Gel Aloevera

Assalamualaikum..

 Haritu ina ada citer kat Facebook,bahawa ada yang minta massage muka dia kan setiap malam? Haaa..,ni nak cerita ni.



relaxing massage, soothing,guna aloe vvera gel untuk massage muka
ALOE VERA GEL 


Setelah guna Aloevera soothing gel ni.Best pula pada skin ina ni.Salah satunya..,dapat selesaikan kesan sunburn pada wajah ni.Sehinggakan Suami pun minta di massage muka dia tau sebelum tidur (sebab dia tengok ina selalu guna Soothing Gel ni sebelum masuk tidur).Nak setiap hari pula tu.Huuu.. kata suami lagi,best ina massage muka dia sebelum tidur.Bantu tidur lebih lena katanya.Stress pun hilang.Penat pun tidak.Adeii! Awet muda lah suami nanti ni.Setiap hari pula tu ina massage muka dia.Takpe lah,demi suami kan.Siapa lagi nak tolong massage jika bukan isteri sendiri. 



Ina nak buat video tutorial tu,tapi suami tak mahu.Dia cakap,nanti macam kes mekap suami tu.Hihihihi



BELAJAR MASSAGE


Okaylah,untuk korang yang dah berkahwin tu.Belajar lah untuk membelai suami.Ahaks!!! Eh,maksudnya belai lah juga wajah suami tu.Suami penat bekerja.Apa kata,lakukan massage relaxing ni pada suami.Belajar slow-slow dalam youtube yea. Ina belajar kat sini .



SEISI KELUARGA


Soothing Gel ni paling jimat,ina gunakan seisi keluarga tau.Sebab ia mampu mengatasi kulit kering.Ina sapukan pada anak-anak dan selalu juga sapu pada siku dan tumit kering (pada waktu malam).


Harga Soothing Gel ni beli semasa promosi di WATSON.Harga asal ni RM 30.00  promosi haritu RM 19 sahaja.Huuu,jimat tak? Bekas dia pula besar bersaiz 300ml. Sekarang ni tak tahu lah ada promosi lagi ke tidak di WATSON.


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. nak cuba jgak lah..cik nor ada masalh kulit kering gak..:)

    BalasPadam