Revitalift Micronized Centella dari LOREAL PARIS

LOREAL PARIS REVITALIFT Essence Water



Essence water LOREAL PARIS



Hari ini sudah hampir memasuki 2 minggu penggunaan L'OREAL PARIS REVITALIFT ESSENCE WATER.Alhamdulillah,walau tak nampak muka jadi muda (mungkin belum cukup sebulan kot guna),tetapi bolehlah dengan kesan yang ina miliki sekarang ini.Huhuhuhu...


ESSENCE WATER



Essence Water kali ini ina gunakan dari LOREAL PARIS REVITALIFT yang mana ia berasaskan ekstrak pegaga atau nama lain ialah Micronized Centella.

Bagi korang  yang belum tahu,pegaga ni untuk awet muda tau.Macam ina dulu,masa berpantang..gigih betul nak nampak muda 44 hari sanggup makan buat ulam daun pegaga ni yerr.Hihihikss~Ops! Pecah rahsia..

Berbalik kepada pegaga yang di gunakan dalam essence water dari Loreal Paris Revitalift Micronized Centella,ia dijadikan dalam bentuk cecair essence water.


Ciri yang ada pada essence water pada Loreal Paris adalah :


Mudah di serap
Tidak Melekit
Cecair hampir menyerupai air iaitu 92%


Tips: Sila rehatkan kulit wajah terlebih dahulu sebelum menggunakan mana-mana produk penjagaan wajah.Kulit pun nak juga di rehatkan sekali.Ibarat tempoh bertenang..




Pengalaman menggunakan Loreal Paris REVITALIFT Essence Water



Untuk pengetahuan korang,kulit ina jenis yang cerewet.Guna itu ini..,semuanya tak sesuai.Bila guna itu,kulit dah okay.Tetapi pada permulaan guna tu kulit jadi gatal-gatal dan pedih.Tapi Essence water dari LOREAL PARIS REVITALIFT ni,kali pertama penggunaan memang tak buatkan kulit ina gatal-gatal.Sesuai dan kulit ina sendiri pun jadi halus.Tak kasar lagi! Bahaya tau jika kulit kasar,nanti cepat berlaku penuaan kulit.Hmmmm,berkedut lahh.(Lagi-lagi dibawah mata,lagilah cepat berkedut jika silap teknik)



Baca artikel :

Tanda Alergik kosmetik
Guna Serum/ESSENCE dengan betul 


Lagi satu kan..,muka ina jadi lembab jer.Mudah betul nak apply mana-mana foundation.Rasa lembut jer kulit.Berbeza sebelum menggunakan Loreal Paris Revitalift Essence Water ni.Kulit kering serta berminyak.. Ermm,lepas ni memang nak kena cari krim spf dari Loreal lah pulak! 


Ohh ya,botol kecil ni sample yang ina dapat dari HomeTesterClub.Jika di pasaran korang boleh beli di mana-mana guardian atau watson.Boleh juga dibeli secara online di lazada ataupun Shopee.



Catat Ulasan

3 Ulasan