2 Wishlist Kini Dalam Perhatian

Assalamualaikum..

Eh,pepagi buta ni sebut Wishlist Ape hal ina ni? Mengigau ke ape? Korang ada wish list tak? Ina ada juga wish list ni.Jarang dalam hidup Ina ni ada wish list tau.Ekekeke...Kecuali Ina ni nak sangat-sangat sesuatu.Hurmmm..


Wishlist ni sebenarnya senarai apa yang kita teringin atau dambakan.Tetapi dalam masa yang sama kita tak mencukupi kewangan bagi memiliki sesuatu atau misal kata pergi melancong haa.Gitulah..maksudnya..


wish list,apa itu wish list,wish lish travel,wish list beli make up




Wishlist Ina


Wishlist Ina ni tak complicated langsung.Macam sesetengah orang.Wishlist dia pergi melancong ke Jepun.Contoh lahh.. Tapi wishlist ina simple sahaja.Ehehehe


Auwwww,malu tau nak cerita.Tapi itulah..,wish list Ina ni agak lain dari yang lain.Jika nak sesuatu.Pada bulan seterusnya mesti nak kena dapat...,haa.Agak cepat lah wish list tu kena dapatkan.Hahahaha..




Wishlist Pertama




Nak Ke Spa..



Tudiaaa.. konon nak juga cantik.Tak putih takpelah.Janji nak kulit ina takde jeragat.Taklah tebal,tetapi agak mengganggu gugat juga keyakinan diri ni tau.Kadang tu..,nak buat video bagi job client.Terasa..Ohhh,,,damn betul.Jeragat tu asalnya,Ina silap memakai produk.Lastnya jadi tompok hitam pada muka ni haa.. lagi-lagi sudah 3 series.Lagi sedihh bila tengok muka ni haa.


Rawatan yang Ina berkenan sangat tu adalah Sulam Korea.Hahaha.. salah satunya Sulam Korea tu boleh jadikan kulit flawless seperti tanpa memakai foundation.Woww kan? Alahaiii...,bila ni tabung nak penuh.Nak pergi spa juga.Harap-harap sempatlah akhir bulan ni.Sebab ada Promo October RM 350 siap ada FREE rawatan carbon peel.Emmmm..bestlahh.


Harapnya wishlist yang pertama ni..,dapat tunaikan terlebih dahulu.Sempena Birthday ina bulan November.Ehehehe,kita reward pada diri sendiri ni.




Wishlist Kedua




Nak Tukar Handset OPPO A3S



Kenapa nak beli smartphone baru? Tehehehe.. Vivo dah pecah gambar.Kualiti pun dah tak cantik lagi bila buat rakaman.Haihhh.. Baru je 2 bulan lepas beli kamera  NIKON A300.Yang ni alhamdulillah,tak rosak lagi..Kahkahkah.


Nak beli smartphone pun,sebab nak buat kerja juga ni.Nak buat IG stories,IGTV atau Live.Perlukan kamera yang jelas.Errrkk.


Setelah di servey.Rasanya OPPO A3S sesuailah dengan bajet Ina kali ini.Oppo A3S pun sudah berharga RM 600.Orang kata smartphone pertengahan.Sebab berada pada harga yang masih mampu dimiliki.Nak ambil Huawei,rasanya lama lagi nak kena peram duit tabungan.Ehehehe..korang faham kan maksud dia? Hahaha.Bila dah peram lama duit,maka tak sempatlah nak membeli segala wishlist ina ni nanti yobb.



Puas Hati Guna Duit Sendiri (Satu Kepuasan)


Bagi ina sendiri,lebih sukakan menggunakan dari hasil duit tabungan bagi memiliki sesuatu yang diidamkan.Tak suka minta dengan suami.Maklumlah,nanti kalau nak guna duit suami.Dah jadi macam Inspektor dan pesalah.Uiiii,lagi haru weiii.Silap-silap tak boleh dapat wishlist ina ni.Hahaha.. 


Tetapi kalau bab holiday.Suami tak pernah bantah.Tanpa perlu perancangan sedikit pun.Terus ON the spot book hotel pada hari yang nak pergi tu juga.Huuuhhh.




Catat Ulasan

2 Ulasan